Ramadhan di London?



Nak tulis tentang ni dah lama, dipendam-pendam. Akhirnya dapat juga curi-curi masa untuk menulis. Kalau ber-Ramadhan di London, nak iftar dimana? Aku hanya boleh cadangkan 3 tempat sebab ini sahaja tempat yang aku selalu pergi.

1. Central London Mosque (info lanjut : http://www.iccuk.org/)
  • jemaah (pelbagai)
  • ada iftar free : nasi beriani (macam biasa selera orang sini) + sebiji buah + sebotol mineral
  • ada terawih
  • imam (tempatan)
  • boleh iktikaf (lepas subuh kena balik, sebab masjid tutup- tak pasti kalau malam selain 10 malam terakhir boleh iktikaf ke tak, cek website ya.)

*tahun ni pergi sini waktu 27 malam Ramadhan, macam pergi buat umrah, penuuuuuh sangat (sila rujuk gambar). Siap ada yang solat kat luar masjid lagi, sejuk-sejuk tu. Nasib baik sempat datang awal, pukul 8pm macam tu (maghrib 9 lebih), dapatlah cop tempat duduk kat bahagian atas jemaah wanita (iftar+terawih+qiam+sahur+subuh = semua kat tempat yang sama; phew!). Ada dewan luas juga di bahagian bawah tanah untuk wanita. Luas, tapi safnya, ya rabbi.. huhuu. Kesimpulannya, datang awal ya, lebih-lebih lagi 10 malam terakhir, spesifik lagi malam 27hb Ramadhan (boleh praktis kesabaran/kelapangan hati untuk pergi umrah).


Beratur ambil iftar (separate beratur laki perempuan)

Bahagian atas untuk jemaah wanita
Dalam bas untuk balik rumah ba'da subuh bersama adik Hanis :)

 2. East London Mosque (more info : http://www.eastlondonmosque.org.uk/)

  • jemaah (mostly daripada keturunan asia barat)
  • ada iftar (nasi beriani - macam biasa), ya ya free!
  • ada terawih (satu juzuk kut satu malam)
  • imam (import- daripada negara luar, mostly tak boleh kecek english, sedap bacaan)
  • boleh iktikaf 10 malam terakhir (kena isi borang awal Ramadhan, cek website)- tak dapat iktikaf sebab tak isi borang.
*sempat iftar kat sini satu malam sahaja, malam ke 28hb kalau tak silap. Ada dewan luas untuk jemaah wanita & baby/anak-anak aktif.. huhuu. Baguslah kan. Kami solat kat tempat jemaah wanita biasa (Maryam's Center). Tengah nak solat ada skrin bacaan imam malam tu, terbaik! Lepas tu waktu imam nak mula solat terdengar AJK wanita siap pakai mikrofon suruh kitorang stop talking, rapatkan saf etc. Mantop! Tapi memang habis lepas pukul12. malam yang kitorang pergi tu ada Fatih Sefaragic datang untuk imam 2 rakaat je solat terawih. Tak tahu part mana yang dia jadi imam, sebab skrin tv tu nampak nama surah tu je. Waktu imam nak buat announcement etc baru la nampak jemaah lelaki. 

Tempat iftar wanita

Sederhana menu iftarnya

Ba'da solat maghrib

Jemaah wanita (Maryam's Center)

Skrin tv tertera surah yang akan dibaca oleh imam
 3. Malaysian Hall (rujuk sini kut : http://educationmalaysia.co.uk/)

  • jemaah: melayu
  • imam: melayu
  • iftar: melayu (takkan hilang didunia, eh eh.) - mestilah free! (lepas makan tolong-tolonglah makcik/kakak kat situ basuh jug, sudip, tray ya. Manis nampak anak dara rajin gitu :) 
  • terawih : 8 + 3 witir (surah lazim) before 12am dah habis inshaAllah
  • iktikaf (setiap malam sabtu ada qiam, sahur disediakan (of course-lah free)
*suka suasana kat sini sebab rasa iftar/solat bersama family, (kakak, makcik, anak-anak kecil berlari & menangis). Teringat kampung halaman gitu.


anak-anak meriahkan suasana

jemaah wanita; ada skrin boleh nampak imam


Rasanya (inshaAllah) dah tak Ramadhan kat sini tahun depan. Tapi cadangannya kalau anda mencari tempat iftar/terawih yang:

Kena dengan selera kampung dan ada aura suasana Malaysia : Malaysian Hall
Kepelbagaian jemaah/imam: Central London Mosque
Tempat yang paling tiptop pengurusan, selesa solat : East London Mosque

Mungkin orang lain berpendapat berbeza, tapi itulah pandangan saya :) yang penting hati masing-masing, niat tulus ikhlas beribadah kerana-Nya.

Eid Mubarak,
Tabaqallahu minna wa minkum!


London
18 July 2016
13 Syawal 1437H
1211

Comments