sederhana.

dengan membawa "hati" itu sederhana.

hari-hari yang kita lalui ini kadang-kadang kita lupa untuk membawa "hati" bersama. Hati yang niat baik-baik keranaNya.

kita makan, kita minum, kita tidur, kita pergi ziarah rumah kawan, kita baca, kita like post kawan di laman sosial, kita masak, kita memberi nasihat, kita menerima nasihat, kita marah, kita senyum, kita memberi salam pada orang di kaki lima dan sebagainya.

segala aktiviti ini kalau kita bawa "hati" bersama, bagiku ianya sesuatu yang sederhana. kita menjadi orang yang lebih berpada. makan pun berhenti sebelum kenyang, minum perlahan-lahan, tidur tak berlebihan, berborak bersenda dengan kawan berpada-pada, menghadapi kesulitan dalam setiap perkara (eg pelajaran) dengan berfikiran positif, bersangka baik dengan Tuhan. nasihat kerana sayang kawan, rendahkan ego apabila dinasihati, dan sebagainya. nikmat dan "kelazatan"nya itu lebih terasa.

semua perkara yang dilalui bersama "hati" itu sederhana.
bagiku ianya sederhana.... yang cukup sempurna.




-yang tak sempurna,
32,
1900,
09012017