Posts

Ala-ala taman bunga :)

Image
Between you & me :) [quote :  goodquote ] "It's free, But priceless." Don't worry, You always make me smile. :) Senyum itu kan sedekah. Manis. Bagi saya, kemanisannya bertambah apabila seseorang itu masih mampu ikhlas mengukir senyuman walaupun dia dilanda musibah. Memang indah. Walaupun senyum itu bisu. Sepi tanpa kata. Tapi manisnya tetap terasa. Membina hubungan sesama kita. Ajaib kan? Oleh itu, senyumlah selalu. Dalam susah ataupun senang. Kerana manisnya senyumanmu membuatku tersenyum err.. selalu. *ish, kantoi* ps: Jangan sedih-sedih, senyum jom! :) 

Demi yang tersirat.

Image
Untuk berada dipuncak bukan senang. Diakui langkahnya bukanlah mudah tapi ianya tidak mustahil. Berkongsi sebuah video yang membuka mata dan hati saya. *Edisi Indonesia.* Apa kata lepas ni orang Malaysia lak video yang macam ni? heh. mula bermimpi :p Di sudut hati seseorang mesti adanya impian, mimpi, cita-cita. Tapi ianya tak akan berlaku tanpa tindakan, usaha dan keyakinan. Entahlah, kadang-kadang diri ini kurang berkeyakinan. Cepat untuk memandang rendah pada diri sendiri.  Berfikirlah secara positif. *Pergh, ingat senang* Tapi bila baca "Antara yakin dengan cuba-cuba", Solusi isu 26, page 28 macam ada satu tolakan untuk berfikiran lebih positif, lebih yakin.  Yakin. Jika lahir dari hati automatik ianya menolak ke anggota lain. Bergerak, bekerja, dan berusaha. Yakin. Terbit rasa tenteram. Yakin. Percaya akan janji-janjiNya. Yakin. Pasti ada ajaibnya. Rasanya dengan yakin, kalau terjatuh pun kita boleh bangun, air yang pahit pun kita boleh telan, terp...

Didalam hati

Image
kadang-kadang hati ber pelangi "Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah sobekan yang tidak bisa dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah. Didalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi denganNya.  Di dalam hati juga terdapat kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.  Di dalam hati juga terdapat gelojak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan denganNya." -Ibnul Qayyim-

basah.

Image
Ikhlas.. Kucarimu Dimana Jua.. Keikhlasan nan tercalar Pabila kesabaran mula menghindar Lemah dan tunduk tanpa sedar Bisikan syaitan nan tak pernah pudar Menawan kalbu hamba nan ingkar. Keikhlasan nan terhakis Kerana hati tak bisa menangis Pujukan dan rayumu wahai sang iblis Ketipisan iman tak bisa menepis. Lalu... Lerailah budi,lenyaplah jasa Segunung budi selaut jasa Ganjaran dinanti tak kunjung tiba Ganjaran melayang di tingkap terbuka Dosa menerpa di hati bertakhta Budi dan jasa sia-sia semata Ibadat dilaksana jerih segala. Aduhai... Sukarnya mencari keikhlasan Perit dan getirnya menebal keimanan Lalu aku kembali kepada pokok pangkal dan dasarnya Di sinilah... Kupohon pada-Mu walau dalam susah Kupohon pada-Mu walau dalam payah Ikhlas itu rahsia Allah Mudah-mudahan padaku Rahmat-Mu tercurah. *Entahlah, puisi ni macam ada bagi rasa . Dan buatkanlah untuk mereka (manusia) perumpaman kehidupan dunia ini ibarat air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, se...

Aku tak rasa.

Image
Musim hujan. Petang. Hari ini hujan turun lagi, membasahi bumi. Segera tingkap-tingkap rumah ditutup rapat. Bergegas menyelamatkan baju-baju yang dijemur. "Tunggu sekejap, wahai kawan. Kerana hujan masih renyai~" Aku suka hujan. Hujan yang renyai-renyai. Lembut air jatuh ke bumi. Syahdu suasana. Indah rentak bunyinya jatuh ke atap. Menyegarkan bumi. Simbolik menggambarkan emosi. "It's raining outside and I'm crying inside~" Bukan sekadar nyanyian, ada benda nak cerita sebenarnya. Banyak peristiwa berlaku semasa hujan. Ini cerita aku.  " Kerana Aku Tak Rasa. "  Biarkan hujan turun :) Hujan turun lebat sepanjang perjalanan ke kampung. Tayar meluncur laju di lebuh raya utara selatan. Hujan yang lebat sangat-sangat menyukarkan pemanduan. Aku hanya penumpang memerhati dari bahagian belakang kereta. Seketika, aku menjenguk ke luar, seorang penunggang motorsikal laju memecut walaupun hujan agak lebat. Bertemankan si isteri dibelakang. Memeluk...