Posts

Furqan. (updated)

Image
"Which ayah in the Quran that touches your heart the most today?" NuzulQuran,17Ramadhan1432H. Wishlist#1:LearningArabicLanguage. Sebuah filem-mesti-tonton,---- Koran by heart  "The storyline is beautiful, interesting, and touching ." Liyana, a movie-director-to-be. (Heh!) ::Updated, 14 Sept, 16Syawal Bab touching tu serious tak tipu. Wishlist#8: ke Mesir. :)

Tak pernah nampak pun.

Suatu hari di bulan Ramadhan. Selepas beraktiviti di sebuah surau. Proses bersalaman berlaku. Senyuman berbalas senyuman. Memori. Sebaris kata-kata mengukir sejarah; "Mak cik tak pernah nampak kamu sebelum ni." "...!" Hanya mampu tersenyum menyahut bicara. (Sigh*. Dalam hati, "Saya pun tak pernah nampak makcik". Oh, dimanakah semangat kejiranan?) Positif. Alhamdulilah, Ramadhan menemukan kita, Makcik. :) ... *tak baik mengeluh.

Lawan!

Image
Satu kelainan dalam hati. Permulaan kepada ketamakan dan kepuasan! Ha ha! Tamak kepada ilmu. Tapi kepuasan tu belum maksimum lagi. Terima kasih kepada hati yang ingin memupuk semangat minat membaca. Jauh sekali untuk digelar bookworm atau bibliophile. Kura-kura! Tapi disebabkan masa berjalan, ilmu pun mesti berjalan. Biarlah merangkak pun. Uniknya buku. Kadang-kadang kita turut sama terjun dalam kandungan buku itu. Menyelam, berenang-renang. Walaupun dah tutup buku, ceritanya masih di mata, di kepala, di hati. "Never ending story". Menjadi Inspirasi ! Ia mengajar manusia. Bagaimana untuk menjadi seorang yang berani, penyayang, penyabar, berfikiran positif! Singa yang dibela kambing memang sentiasa mengembek. Apa yang ditunggu lagi, bila nak mengaummM! Update kamus. Putus asa Malas Lemah Optimis!  You never know if you dont try !  There is NO HARM if you try. -Thisismylife-Berperangdaridalam-LAWAN !

Gerimis menyambut Ramadhan.

Image
Hujan turun, angin bertiup dingin. Bertiup menggoyangkan pokok. Tak perlu tanya pokok, dah boleh teka jawapannya. Sejuk. Basah bumi KL sejak akhir-akhir ini. Jerebu di KLCC pun semakin hilang. Alam seakan-akan merai, menyambut kedatangan anak bulan Ramadan. Jerebu dihati pun perlu cepat-cepat dipadamkan. Lena ditenggelami dunia. Maaf, kerana aku...terlupa. Maghrib Khamis Dibasuhnya baju Ampaian diluar jendela Berinjat kakinya Doakan rembulan Keringkan jemuran Rindu hanya satu Esok solat Jumaat Ingin doa mengadu Diri yatim piatu Malam pun larut Khan Younis terlena dipintu Belum pun subuh Api menyambar Lebur kaca jendela Maut berjerubuh Mayat masih disitu Jari merah kecil Erat mengengam baju Basah airnya mandikan GAZA Khan Younis doamu tulus Khan Younis Khan Younis * Khan Younis, Iya --Maaf, aku terlupa. --Selamat Menyambut Ramadan, Palestin.. usai menonton kembara palestin, 106. --jom, Palestin bumi para anbia, 106, 1830!

Matematik dulu, baru kimia.

Ada satu benda yang paling aku ingat dalam seminar hari itu, bila presenter tu tanya; "What is the language of engineering?" Err. "It is Mathematics ." Ahh. Rasanya, Mathematics = Formula. Kalau kita tunjuk any of the Mathematics formula di US ke, Mesir ke, Jepun ke atau hingga ke hujung dunia sekali pun, tentu ada yang faham, at least ada yang pernah tengok walaupun kita tegar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium perantara. Pernah presenter dari Jepun hari itu present dengan slang Jenglish (Jepun + English; suka hati je ). Walaupun tak faham apa dia cakap tapi slide power point dia in English; maknanya slide = Mathematics .  Apa yang penting ialah mesej itu sampai walaupun yang seorang pelat timur, yang seorang lagi pelat barat. Mathematics saves the day! Dan, lepas dah jumpa Mathematics , barulah ada "Chemistry" kan? Sebab kalau ada yang tak kena dengan formulanya, confirm reaction takkan berlaku. dan, Strategi lagi! *Hidu...