Gerimis menyambut Ramadhan.

Hujan turun, angin bertiup dingin. Bertiup menggoyangkan pokok. Tak perlu tanya pokok, dah boleh teka jawapannya. Sejuk. Basah bumi KL sejak akhir-akhir ini. Jerebu di KLCC pun semakin hilang. Alam seakan-akan merai, menyambut kedatangan anak bulan Ramadan. Jerebu dihati pun perlu cepat-cepat dipadamkan. Lena ditenggelami dunia.
Maaf,
kerana
aku...terlupa.



Maghrib Khamis
Dibasuhnya baju
Ampaian diluar jendela
Berinjat kakinya
Doakan rembulan

Keringkan jemuran
Rindu hanya satu
Esok solat Jumaat
Ingin doa mengadu
Diri yatim piatu

Malam pun larut
Khan Younis terlena dipintu
Belum pun subuh
Api menyambar
Lebur kaca jendela
Maut berjerubuh
Mayat masih disitu

Jari merah kecil
Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA

Khan Younis doamu tulus
Khan Younis Khan Younis




--Maaf, aku terlupa.
--Selamat Menyambut Ramadan, Palestin..
usai menonton kembara palestin, 106.
--jom, Palestin bumi para anbia, 106, 1830!

Comments