Posts

Mengusik minda.

Image
Usia selari dengan kematangan-kah? Tak adalah, cuma akhir-akhir ini kerap berfikir perkara nih; perkara yang kita tak nampak tapi wujud. Perkara yang 'ada' pada kita tapi kita kadang-kadang buat-buat tak perasan atau kita sebenarnya perasan tapi kadang-kadang buat tak tahu atau memang kita tak ambil kisah sangat pun. Bab usia mungkin perempuan buat-buat tak tahu saja, tapi bagaimana pula dengan bab kematangan? Usia & kematangan. Usia itu; ialah nombor; menggambarkan tua mudanya kita dan ianya semakin bertambah setiap tahun. Semakin bertambah tahun,  semakin ramai pula yang panggil kita 'akak'. Tapi mungkin bab kematangan itu agak subjektif. Lain orang lain tafsirannya. Adakah dengan bertambahnya panggilan 'akak' ditujukan kepada anda sekarang atau 'makcik' pada masa akan datang itu menandakan anda itu dikategorikan sebagai insan yang lebih matang? Haa. Mungkin dengan meninggalkan komik dan membaca bahan bacaan yang lain itu matang bagi ...

Dia; bukan tajuk sebuah lagu.

Dia, Kalau sms wajib tulis ayat penuh. Skema, kan? Siap dengan emoticon lagi. Tapi aku suka baca sms dia, bagi aku sms dia cute. Walaupun aku selalu tegur dia jangan taip sms dengan lengkap macam tu. Hehe, teruk kan? Dia, selalu on je kalau diajak shopping di kedai buku. Dia orang seni. Aku pun suka seni. Tapi aku tak boleh baca buku pilihan dia. Bukan tak cuba. Dah cuba baca tapi mesti sakit kepala. Sastera, metafora, dan hiperbola sangaaaaaaaat! Dan akhirnya, kebanyakan buku-buku dia aku tak habis baca atau sekadar scanning sahaja. Ha. Dia, kalau buat nota; kemas, berwarna-warni & menarik! Dia, bakal menduduki SPM tahun ini. Buat yang terbaik ye! Dia, lain daripada aku walaupun ada yang beritahu wajah kami macam fotostat. Ehem! Kalau cik rasa cik ini adalah 'dia'; sila offline sekarang. Buka buku, study, study! "taklah kak _ _ _"  -suara hati dia . -_-" dah tahu dah.

seni, apakah?

"Tidakkah kalian perhatikan bagaimana Allah membuat perumpamaan kata-kata baik? Ia seperti pohon yang baik. Akarnya teguh dan cabangnya menjulang di langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya..." Surah Ibrahim, 24-25. Tak dilayan terik panas, usah dipandang batu besar, cambukan tanda-tanda luka atau ketawa besar tuannya. mata hanya melihat agungnya Cinta dan berimaginasi indahnya ekosistem ghaib; syurga. Bilal vs Umayyah bin Khalaf. subhanallah. seni agung. pergh.jauuuhnya! ....

96.

Kelas sehari suntuk memang tak tahan. Otak tak tahan nak serap ilmu dah. Tepu. Badan pun dah letih dah. Layu. Mata pun makin tertutup. Kuyu.  Pandang lecturer tapi otak melayang. Jauh, jauh di langit nun sana. Hati terasa sangat nak balik. Nak balik cepat, nak  berehat . Tetiba terdengar halus keluhan dari belakang. "Haiyaa, cepatlah abis kelas, saya mau balik." My classmate. A chinese girl. A bright chinese girl. A very very very bright one. ".....saya mau cepat balik, mahu study ." Erk! -Iqra' [!] Surah yang ke-96. [26/12: Mengingati peristiwa tsunami melanda Acheh.]

Dalam

" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat. " Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, " Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, " Sungguh aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui ." (Surah Al-Baqarah : 30) [Rahsia yang begitu mendalam .]