Posts

Cukup bagiku

Cukup bagiku. The Muhibbain ft Lah. Sungguh cukuplah bagiku Apa yang Kau tahu Dari segala inginku Sungguh cukuplah bagiku Apa yang Kau tahu Dari segala pintaku Kau memiliki diriku Akulah hamba-Mu Dan itu kebanggaanku Aku masih tetap ada di pintu-Mu Tak ku jemu tak ku lelah tuk menunggu Kerna segalanya aku sangat inginkan rahmat-Mu Ku yakin Kau tahu dan itu cukuplah bagiku Sungguh cukuplah bagiku Apa yang Kau tahu Dari segalanya aku Oh Tuhanku Pintaku hanya pada-Mu Bantulah aku melangkah untuk mendekati-Mu Selalu tanpa jemu tanpa lelah cinta-Mu Kerna segalanya aku ingin selalu bersama-Mu Ku yakin Kau tahu dan itu cukuplah bagiku

bukan penat.

"Jom, lumba!" Katanya dengan bersemangat. "Jom, lumba!" Ajaknya selepas selang beberapa hari. "Jom kak yna, kita lumba!" Laungnya lagi setelah beberapa minggu berlalu. Tapi kini aku tak dengar lagi ajakanmu. Rindu. Walaupun tak jumpa, jauh dalam hati aku masih menyahut cabaranmu itu. Janjilah kau akan selalu 'kuat' disitu. Moga di garisan penamat kita kembali bertemu. "Jom, akak tak pernah serik untuk berhenti berlumba!" (3:133)

pintu kayu di BQ

apabila berhadapan dengan si pemalu, 'raja' bertambah malu untuk tidak berkelakuan malu, 'rakyat' pun tertunduk akur membisu, lantaran mata tersilau dek cahaya iman si pemalu. ...&malubiarbertempat.

Siapa aku untuk me'rampas' selendangMu

sedar. aku hanya bertambah kuat, apabila aku mengaku lemah dihadapanNya. selamanyaakuhambaNya

berani untuk salah

Sejak dari kecil selalu dengar ayat ini, "Berani kerana benar." Tak pernah pula disuruh untuk berani melakukan kesalahan. Tetapi hari ini aku disuruh pula untuk itu. .... Aku bingung. Apabila dah selalu dalam kepompong selesa, susah nak keluar untuk meneroka dunia baru. Terang-terang masalahnya bukan terletak pada dunia baru tetapi masalah dari dalam, raja yang mendiami diri. Raja yang degil berkeras, manakala para tentara kaku untuk patuh. Hati! Benarlah, bebas itu hanya akan dikecapi dengan berserah diri, bukan melarikan diri. Sungguh, bukan! kiniakurelauntuk ad-din(berserahdiri)