berani untuk salah

Sejak dari kecil selalu dengar ayat ini,

"Berani kerana benar."

Tak pernah pula disuruh untuk berani melakukan kesalahan.
Tetapi hari ini aku disuruh pula untuk itu.

....

Aku bingung.

Apabila dah selalu dalam kepompong selesa, susah nak keluar untuk meneroka dunia baru. Terang-terang masalahnya bukan terletak pada dunia baru tetapi masalah dari dalam, raja yang mendiami diri. Raja yang degil berkeras, manakala para tentara kaku untuk patuh.

Hati!

Benarlah, bebas itu hanya akan dikecapi dengan berserah diri, bukan melarikan diri.

Sungguh, bukan!


kiniakurelauntuk
ad-din(berserahdiri) 

Comments