Tenang, dicari-cari. Langit indah menyuarakan "sebiru hari ini", hati pula menyanyikan "seharu-biru hati ini". Heh! Tenang, tak mudah. Nafsu yang selalu tumbuh, hidup meliar memeluk erat hati perlu kerap dicantas-cantas. Tak semua rajin beb! Tenang, ditemui. Warna-warna alam. Alunan air yang menenangkan. Daripada huruf-huruf hingga terbentuknya perkataan. Daripada kosong, tahu kepada faham. Daripada bertatih, berjalan, berlari dan hingga 'terbang' tinggi. Daripada senyum, tawa, malahan berduka, tak pernah dia berputus asa denganku. Sabar & yakin. Maaf kerana bukan sekadar ahhh, eh, ei, aii, ohh, uu pun pernah terkeluar. Maaf kerana bukan sekadar tawa, tangisan pun pernah. Secara terang mahupun secara sembunyi. tingginya martabatmu disisi Tuhan untukku ke syurga, perlukan redhamu. ps: summer, al maklum. --"