Demam malaRINDU
Bismillah.
Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha ilallah, Allahu Akbar.
Jadi, mestilah kena datang kutip balik, kan?
Insyallah ;)
26/5-3/6 Makkah
| Rindu pada suasana siangnya yang lama. Rindu pada jejak-jejak kaki disana. |
| Rindu pada kaabah, pada laungan azannya, pada alunan bacaan imamnya, pada suasana tawafnya, sa'inya, rindu pada suasananya, rindu pada Masjidil Haram. Terasa 'dunia' tiada seketika disini. |
| Rindu juga pada telatah burung-burung merpati sepanjang berjalan menuju ke Masjidil haram. :) |
| Rindu untuk mendongak ke arah menara jam untuk melihat waktu. |
| Rindu pada gelagat penduduknya, rindu pada meriahnya suasana kedai disana. *Jangan tawaf kidai (kedai :p) lama sangat. Melontar riyal sikit-sikit sudah.-joke aka nasihat orang kat sana-* |
| Rindu pada makanannya :) |
| Rindu pada tempat-tempat ziarahnya. Ini di Mina. |
| Ini pula ketika ziarah Jabal Rahmah. |
3/6-5/6 Madinah
| Ziarah ke kebun kurma |
| Suasana pagi di Madinah |
| Suasana indah di luar kawasan luar Masjid Nabawi |
| Ini pula aktiviti burung-burung merpati di luar Masjid Nabawi |
| Antara bangunan hotel berdekatan Masjid Nabawi. |
Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti ziarah di kawasan Makkah dan Madinah seperti ke jabal tsur, jabal hira', padang arafah, masjid tanaim, masjid quba, masjid qiblatain dan lain-lain. Tapi tak dapat nak upload semua, penuh sangat nanti.
Sepanjang pemerhatian saya, ada 3 persediaan yang perlu ada b4 berangkat kesana, pertamanya persediaan hati (ternyata hati perlu dijaga sepanjang beribadat bukan?), keduanya persediaan mental juga fizikal (pentingnya stamina & kesihatan tubuh badan) dan yang ketiganya perlunya buat revision sirah Rasulullah, barulah ada feel bila ziarah di tempat bersejarah disana. *Mungkin ada lagi persediaan yang lain, anda boleh tambah untuk perkongsian bersama*
Gambar-gambar yang diupload bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tapi saja nak bagi jangkitan demam malarindu buat semua. :) Semoga berjangkitlah semua hendaknya.
Gambar penulis tak payah lah diupload, takut nanti lain pula yang didemam malarindu. Hehe gurau je.
Alhamdulilah.
Credit: Bah, Ma, Arin, Adik, Ust Irsan, Ust Rizqon, Ust Ali, Ust Edi, Ust Rudy, Jemaah SV 26May2011 "Penyucian Jiwa di Tanah Suci".
Comments
k.yana, wow~
teruja tengok gambar sume ni. yang pergi sana mesti terujanya dah infiniti.
lebih teruja nak dengar pengalaman orang yang dah sampai sana. ^___^
atikah, smg 'demam' slalu..hehe ;)
Sama2 menabung, jom!