Kehadirannya dinanti.


Rejab semakin hampir melabuhkan harinya. Kisah Isra' Mikraj (29Jun,27 Rejab) mengimbas perjalanan Rasulullah, satu malam, 1001 cerita, penuh makna bagi mereka yang memikirkannya.

Bulan Syaaban yang sering dilupakan manusia, dinaikkan amalan hambaNya menggentarkan jiwa bakal memunculkan kehadirannya.

Rasulullah pernah ditanya,
"Mengapa Baginda melebihkan puasa sunat di bulan Sya'ban berbanding bulan-bulan lain?"
Baginda bersabda:
"Bulan itu (Sya'ban) yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat amal ibadah kepada Tuhan Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika berpuasa."



Bulan Ramadhan yang dinanti bakal tiba. Bulan penuh keberkatan diselit satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sudah bersediakah kita?


Kehadirannya dinanti


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (2:183)


"Bila Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, dan pintu-pintu neraka ditutup, sementara syaitan diikat.
(HR Bukhari Muslim)

"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan kesedaran iman dan penuh harapan redha Allah, akan diampuni demua dosa-dosa yang lalu. "
(HR Bukhari Muslim)


Para sahabat itu sudah mula berdoa 6 bulan sebelum Ramadhan agar selamat tiba ke bulan Ramadhan, dan berdoa agar selamatkanlah (sihat untuk beribadat) Ramadhan bagi mereka, dan berdoa agar diterima amalan pada bulan Ramadhan itu, 6 bulan selepasnya.

Berdoalah agar sampai.selamat dan diterima.


Marilah bersedia sebelum tibanya Ramadhan, membaca artikel atau buku mengenainya. Refresh balik apa segala hukum-hukum ketika berpuasa. Berlatih untuk bangun awal pagi agar boleh sahur nanti dan kalau boleh bertahajud sekali. Menjaga kesihatan tubuh badan agar selamat berpuasa di siang hari dan berterawih di malamnya. Bacalah quran setiap hari, agar boleh speed up nanti untuk dikhatamkan. Semoga kita bersama-sama dapat meraih keberkatan di bulan barakah itu nanti, Insyallah :)


Comments