tunjuk dia tanpa henti

Ini bumi Allah
bukan ciptaan aku, dia atau kamu.

tak tahu kenapa
tak jauh
kiri kanan depan belakang
terasa aman
tapi terselit halus prejudis dalaman
bahaya nih, bila pendam dalam

putih, kuning, biru, merah
pandang diri tapi jari telunjuk berlari
tunjuk dia tanpa henti

istimewa pagi ini
terjumpa terserempak lagi
sesuatu yang pernah terjeling dulu
tapi ahh, buat tak tahu
baru kini aku tahu
empathy itu wujud, perlu!

bukan kerana aku melayu
tapi kerana ini bumi Allah
bukan ciptaan aku, dia dan juga kamu

disitu dan disini
ternyata aku terperangkap sendiri
perlu serious melakar strategi!


"Rupa-rupanya dari pandangan mereka, orang Cina hanya mengaut keuntungan dan mengutamakan keuntungan sahaja. Jadi mereka amat gembira apabila ternampak dua tiga wajah orang Cina."
"EQ pemuda Melayu lebih tinggi daripada orang Cina kali ini, memang cukup kelayakannya untuk berkata sedemikian."

"Lebih-lebih lagi, kawan saya dalam Facebook rata-ratanya menceritakan pengalaman bagaimana sahabat Melayu menjaga orang Cina kali ini."

Pening kepala lepas baca puisi si daim. buat aku berfikir, pening lalu berhenti. automatik otak dipengaruhi. diri ini minor in seni.

Untuk mendalami kata-kata menarik, jujur, penuh makna di atas, klik "Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti"

Comments