hilang

suatu malam.

dia yang baru pulang dari kota tadi bergegas mendaki anak tangga rumah meluru masuk ke bilik. tanpa menekan suis lampu segera dia duduk di atas kerusi mengadap meja belajarnya. beg sandangnya diletakkan dibawah, disandarkan pada kaki-kaki kerusi. segera dibuka komputer ribanya yang terletak diatas mejanya itu.

sebuah bilik. seorang diri. malam diluar gelap diterangi cahaya bulan. bintang-bintang tidak kelihatan. biliknya juga gelap hanya samar-samar diterangi cahaya daripada skrin empat segi sebuah komputer riba.

kini dia hanya merenung skrin bersegi empat itu. jari jemarinya yang dilabuhkan diatas papan kekunci, tidak menari-nari seperti tadi. 

kaku, 
tak bergerak, 
sunyi. 

raut wajahnya hampa dengan hasil carian daripada laman carian Google. bukan kerana tiada hasil. lapan puluh empat juta lapan ratus ribu hasil carian tetapi satu pun dia tak berkenan. 

kosong. 
tak bermakna.
kecewa!

tiga huruf yang dia cari.
hanya tiga.
hilang. 
tak jumpa.

A-K-U.

-------


bila aku bertanya :  "tipsnya, --?"
dia menjawab : "keyakinan kepada Allah."
11042014

--------------
mungkin bersambung -.-"
mungkin.
[Easter break 17/4-21/4]
---------------




Comments