atlas.

ada seorang adik ini yang baru dikenali tumpang tidur dirumah semalaman. keesokan paginya dia melihat buku-buku yang tersusun di atas mejaku sambil cuba meneka bidang apa yang sedang aku pelajari.

"kak yna ni course .... erm.."

aku biarkan dia melengkapkan ayatnya yang tergantung itu. saja tak nak kusambung, menarik juga nak tahu apa yang orang fikirkan mengenai kita hanya melalui barang-barang kepunyaan kita. berdebar pula rasanya.

"... geography eyh?"

geli hatiku, nak gelak tapi ditahan-tahan. hanya tersengih sahaja yang mampu aku hadiahkan. pernah juga ada yang mengatakan aku pelajar perubatan. aku tak sehebat itu, kawan. situasi-situasi begini membuatkan aku bertambah percaya yang 'penyamaran' aku berjaya. heh!

buku atlas itu memang besar, jadi dia kelihatan menonjol daripada yang lain. baru sahaja beli buku itu tahun ini di Harrods. ada discount, itu yang laju beli tu. impian. tapi sumpah mungkin tak pergi lagi kut tempat macam itu, macam membeli belah dalam istana, bukan tempat aku. yang aku mampu beli di kedai istana itu hanyalah sebuah buku atlas yang murah, kalau tukar ke matawang Malaysia, kira-kira dalam RM50. harap-harap ianya memberikan 'keuntungan' pada aku dan orang lain. kalau bukan hari ini, mungkin nanti-nanti.

bagi aku, saudara kembar bagi geografi ialah sejarah. kedua-dua subjek ini aku kira dulu sangatlah susah dan tak menarik langsung. seingat aku, dulu nak belajar subjek-subjek ini perlu dipaksa-paksa. tapi setelah meningkat dewasa, subjek-subjek ini penting aku rasa. menarik pula. mudah untuk aku faham tentang isu dunia.

dan bermulalah kajian pertama aku bersama buku ini, kajian mengenai kehilangan MH370. tetapi setelah kata-kata perdana menteri kita pada 24 Mac 2014 yang lepas bahawa kapal terbang itu

"...ended in southern indian ocean."

maka, tamatlah juga pencarian aku mengenai boeing ini. jadi jika ditanya mengenai operasi Bluefin-21, tak banyak yang aku boleh katakan.

aku ingin mencari projek baru untuk dikaji. erm..

-----

dulu disebabkan selalu sangat update dengan abah mengenai MH370,
menyebabkan suatu hari abah bertanya
"baca kat mana, bbc? abc? ccn?"
aku jawab dengan jujur
"astro awani."
aku memang anak jati Malaysia.

ps: menarik pula tengok penyamaran mereka ini.

Comments