maaf, aku tak dapat nak sembunyikan.
Semalam menjemput kawan di Terminal 4, Heathrow Airport. Dia terpaksa menungguku selama 2 jam lebih selepas penerbangan selama berbelas jam dengan penerbangan MAS. Dengan mukanya yang ketara ke-'jetlag'-an itu, aku mengambil keputusan untuk mengambil teksi sahaja ke central London. (Tips : Jangan naik teksi yang ala british tu, mahal.)
Disebabkan kami dah lama tak jumpa, banyaklah bercerita sewaktu dalam perjalanan ke teksi tu. Dan mungkin kerana dah terbiasa, lidah melayu Islam ni kan, waktu berborak mestilah menyebut, 'Ya Allah', 'Alhamdulilah', 'In sha Allah' etc, menyebabkan pemandu teksi tu tetiba bertanya adakah kami Muslim. Dia pun Islam katanya, berasal daripada Pakistan. Selepas seketika dia minta izin untuk hisap rokok dalam kereta (fakta: aku sangatlah tak suka asap rokok). Kami pun sambung borak. Kemudian, dia tetiba bersuara tentang orang tempatan tak suka Muslim, diskriminasi dan lain-lain. Dia bercakap sambil sekali sekala memandang aku melalui cermin. Dan dia cakap lagi, dia suka Islam, dia baca Quran tapi kalau bab berjambang, bab bertudung ni tak perlu katanya, sebab suasana disini berbeza, mereka pandang kita dengan pandangan yang berbeza. Aku hanya diam.
"What do you think about this?" pemandu tu bertanya.
"It is your opinion, I suppose." kawanku disebelah menjawab.
Suasana teksi yang meluncur waktu malam di kota London itu sunyi seketika. Kelihatan beberapa orang tempatan yang lepak ditepi-tepi jalan menghabiskan waktu-waktu malam tanpa arah tuju, aku kira.
Aku dan kawan sambung berbual seperti perbualan 'hangat' tadi tidak berlaku. Perbualan yang berlanjutan hingga ke rumah sewa kawan itu seperti angin bayu lembut yang berlalu. Manakala hati dipukul angin taufan menggila menjerit berkata,
"Maaf, walau apa pun yang berlaku, aku tak dapat nak sembunyikan keIslamanku."
setahundikotaratuDiaada,
selalu
Comments