MaYang.

Hanya suaraku kedengaran di salah sebuah makmal kejuruteraan yang seluas dewan sekolah itu disini. Mereka fokus. Bagus. Hati tersenyum.

"Ok, hantar report esok." Kataku selepas selesai beri penerangan tentang apa yang perlu disertakan dalam report.

"Tak boleh, akak." Mataku mencari empunya suara daripada tiga jejaka dihadapanku. Jumpa.

"Kenapa tak boleh?"

"Saya ada *AGM malam ni, kak. Tak sempat."

Aku buat muka.

"Saya pun tak boleh, akak."

Pulak. Terus mata beralih pada yang terakhir. Dia senyap je daripada tadi. Aku pandang dia dengan harapan yang tinggi. Tolong, jangan hancurkan hatiku ini.

"Abang saya kahwin weekend ni, akak. Tak sempat nak siap akak."

Tidaaakkkkkkkkkkkkkkk...!?!?! 

Penat nak layan. Aku tak suka beri alasan. Jadi, aku memang benci dengar alasan-alasan.

"Ni apa niat datang belajar kat sini, ni?" Ok, ayat itu mukadimah untuk membebel namanya.

"Apa lagi..." Seorang menjawab.

"Apa?"

"Nak ngorat la, akak!" Sengih.

Pulak. Makin bertambah kedut dimukaku. Haishhh..!

"Tengok, niat pun dah terpesong. memang taklah. Ikut awak la nak hantar bila." Marah. Oklah tipu. Geram je. Tak. Betul, marah! 

Marah........ tapi sayang. MaYang aku ringkaskan. Uiks.

Fasobrun jamil.

Ok. Biar tamat kisah ini disini.

Ini kisah 3 tahun yang lalu. Mungkin yang niat nak mengorat tu inshaAllah dah berkahwin sekarang. Aku rasa confirm dah kahwin. Eh eh. 

Moga bakal pelajarku nanti mempunyai niat dan azam yang lebih baik dan moga pelajar tiga tahun yang lalu semakin matang dalam kehidupan dan berjaya dunia akhirat. 

Amin.

#akusentiasasayangpelajarku
*AGM = annual general meeting.

Comments