Thank you 'dia'
"Abah terhutang budi dengan 'dia'." Kata abah sebaik sahaja kami masuk ke bilik. Jari telunjuknya menunjuk ke tiang yang betul-betul terletak bersebelahan dengannya.
Siapa 'dia'?
Mataku berpaling liar pada tiang itu. Kurang pasti apa yang dicari. Kemudian aku ternampak sebuah beg empat segi penuh dengan warna merah tergantung pada hujung tiang itu.
Oh.
Darah si 'dia' disalurkan terus ke tengkuk abah. Setitik demi setitik darahnya mengalir.
"Nurse kata abah kurang darah hari ini. Tu yang dimasukkan darah kat abah. Tak tahulah darah siapa ni. Abah berterima kasih pada dia."
Dalam diam terbit rasa cemburu pada si 'dia' kerana kami tak kenal 'dia' tapi 'dia' 'mampu' bantu abah.
Aku? Hanya sekadar melawat abah pada waktu yang dibenarkan.
Dalam diam terbit azam untuk menderma darah juga jika berpeluang. Buang jauh-jauh penyakit 'takut' nak menderma sejak kecil tu. Sebab dengan keberanian yang kecil itu nanti mungkin dapat membantu keluarga sendiri atau mungkin dapat menyelamatkan keluarga orang lain atau mungkin menyelamatkan keluarga si 'dia' pula.
Selepas sejam bersama abah, kami terpaksa beredar. Waktu melawat dah tamat. Kami melangkah keluar daripada bilik A304 itu. Meninggalkan abah dengan si 'dia'. 'Dia' yang asing tapi sekarang perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada abah.
Sepanjang berjalan di koridor luar bilik abah aku tersenyum sendirian. Bersyukur.
Get well soon, abah! and thank you 'dia'. May Allah bless you. :)
Jom, derma darah!

Comments