basikal yang beroda dua.

aku tak ingat.

aku tak ingat bila pertama kali kita menangis bersama. aku tak ingat bila pertama kali kita senyum bersama. aku tak ingat bila pertama kali kau dan aku berkata-kata. aku tak ingat bila pertama kali kita bergaduh bertekak suara dan berbaik semula. aku tak ingat.

aku cuma teringat.

aku ingat waktu pertama kali kau dah tak mahu mengayuh basikal beroda empat. aku ingat abah yang menolongmu membuang dua roda kecil daripada basikalmu. aku ingat kau cepat belajar mengimbangkan basikal beroda dua. aku ingat.

aku ingat selepas tu aku pun menyuruh abah membuang dua roda kecil daripada basikalku. aku ingat aku pun nak nampak berjaya juga sepertimu mengayuh basikal beroda dua.

kau ingat?

selepas itu, waktu demi waktu berlalu, aku masih ingat aku selalu nak berjaya sepertimu.

aku ingat. kau masih ingat?


xiang_ni
12052016
2303
Spring



Comments