Y, R datang ni.
Kedengaran bunyi phone berlagu memecah keheningan malam.
Ahh, bunyi apa tu. Alarm ke? Telinga meneka. Mata masih malas nak berjaga.
Bukan. Macam.. Ada orang call.
Jari meraba-raba mencari handphone di atas meja. Mata cuba dibuka sedaya upaya melihat skrin handphone yang dicapai tadi.
Kabur.
Cahaya handphone berkelip-kelip menerangi bilik yang gelap itu. Digosok-gosok mata. Nombor empat digit yang tak dikenali.
Siapalah ni? Call orang pukul....3 pagi??
Badan yang tadinya baring ditegakkan rapat ke papan katil. Jari menyentuh perlahan skrin phone. Handphone dirapatkan ke telinga kiri.
"Assa-lamu-alai--kum." suaraku macam tenggelam timbul. Berdehem sedikit untuk melegakan tekak.
"Waalaikumsalam....., Y."
Suara ni....
"Y, apa khabar?"
....macam kenal.
"Hey, ....R, ya?"
Kedengaran suara ketawa kecil dihujung talian.
"Ingat dah tak kenal aku dah."
"R, setahun kau menghilang. Kenapa number kau pelik sangat ni? Kau kat timezone mana ni?
"Haha, aku kat mana-mana timezone pun ada."
"Kau R...Legend." tersengih aku mendengar jawapannya.
"Haha, kau tengah tidur ke? Last year aku datang kau stay up je sampai subuh. Takkan masih membuta kut waktu sekarang?"
"Subuh pukul 3 lebih kut. Mestilah tidur lagi. Lagipun.." siang tadi aku banyak kerja kut. Penat.
"Last year baik je kita beribadah bersama tengah malam, ni apa citer tak bangun lagi?"
"Aku..." aku busy.
"Kau tahu kan aku nak datang next month?"
"Eh, next month?" aduuuuh, hampir terlupa. "Haa, tahu.... tahu. Semua kawan-kawan selalu sangat ingatkan."
"Kau dah prepare ke nak sambut aku ni? Macam tahun lepas? Tapi sepatutnya semakin meriah lagi tahun ni sambutannya."
Aku busy. Aku lupa. Preparation pun haru.
"Berapa haribulan eh kau datang?" Aku bertanya mengelak untuk menjawab soalan.
"Enam inshaAllah."
"Pukul berapa?"
"Maghrib Y,.... maghrib."
Tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Serentak talian di hujung satu lagi terputus. Perlahan-lahan pintu bilikku terbuka. Kepala A perlahan kelihatan dibalik pintu.
"Kau dah bangun ke, Y? Subuh."
A, rakan serumah. Dia selalu tak tidur malam, study. Selepas subuh baru dia tidur. Dia yang selalu kejut aku bangun subuh. Jemaah bersama. Kalau tak, aku subuh dinasour la jawabnya.
"Dah-dah." Mata tak memandang A tapi tunduk melihat skrin handphone.
"Erm. Ok. " Samar-samar kelihatan A mengangguk dan kemudian beredar keluar, membenarkan cahaya di koridor menerangi sedikit bilikku. Tetiba dia berpatah balik dan berada di balik pintu bilikku lagi.
"Y, erm... kau borak dengan siapa tadi?"
Aku tak mengendahkan soalan A. Jari sibuk mencari number R tadi untuk save dalam phone.
"...dengan R."
Jumpa. 2185. Create New Contact. R.

2:185
Comments