Where is the love (?)
Tuesday, 31st August 2010, My lovely room. Dear diary, Hari ini genaplah umurku yang ke 9 tahun. Selamat ulang tahun Maya (bukan nama sebenar, nama dalam alam maya je :p). Hari ini aku ingin bertanya pada semua orang tentang sesuatu. Sesuatu yang aku selalu baca dalam buku, tengok kat tv. Nak tahu? Jom! :p Aku keluar dari bilik untuk meneruskan misi. Ternampak abang tengah bersiap-siap nak keluar. Isk isk! Hari-hari keluar. "Abang!" "Terkejut eden! Ada pe?" "Apa itu er..cinta?" Dahinya sedikit berkerut "Eleh budak nih. Erm. Cinta tu..er.." Tangannya garu-garu kepala. "..haa, cinta tu c-i-n-t-a-k-i-t-a~~" Sambil dia usap-usap kepalaku. Terus dia keluar dan start motor kapcainya. 30 Aug 2010 Mahkamah perintah dua mangsa dirogol abang dijaga ibu saudara Nyanyi pulak. Jawab tak ikhlas, getus hatiku. Aku ke ruang tamu. Terlihat kelibat ayah. Ayah siap sila panggung sambil membaca surat khabar favourite nya. "Cinta itu...