PS I Love You
Nak diceritakan juga, saya pun ada dapat nota cinta macam tu. *ehem!*Tapi tiada lak tercatat "PS I Love You". Tapi saya tau memang patut ada, tapi mungkin sengaja tak diletak. Sebab kata-kata tu disampaikan dalam bentuk yang berbeza-beza. Biarlah rahsia. Bagi saya, misteri itu lebih menarik dan bermakna. hehe. Mungkin SI DIA inginkan saya cari sendiri ayat-ayat cinta tu. Dulu, tak sedar kehadiran nota-nota cinta ni. Tapi bila diberitahu oleh kawan ni, barulah satu tahu dan faham :). Kadang-kadang, ayat nota SI DIA ni berkias ala-ala seindah puisi dan sastera gitu. Malah lebih dari itu. Menusuk ke kalbu. Boleh buat saya tersenyum, tersentuh di hati dan kadang-kadang bercucuran air mata. *hehe kantoi*. Tapi kadang-kadang tak berapa nak faham ayat-ayatnya *aiseh*. Jadi perlu refer pada kamus la *amboi :) *. Dan kebetulan, nota-nota SI DIA :) pun selalu berkait dengan kehidupan seharian saya. Nota-notanya ibarat pelindung dan petunjuk tuk saya sehari-harian <--bm kah?
Itukah Cinta Sempurna? harapan,perlindungan,petunjuk,peneman,kasih sayang semualah. Tercatat dalam nota-nota SI DIA tu. Tapi..
mungkin kadang-kala, diri ni leka/sombong/malas membuatkan cinta saya pada SI DIA tidak sesempurna itu.
Lantas, di bulan Ramadhan ini, sehelai demi sehelai surat cinta SI DIA diselak kerana saya sedar
"Dan Kami turunkan dari Al-Quran untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang yang muslim (berserah diri)."(An-Nahl:89)
dan Kau Maha Mengetahui,
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatimu.."(Qaf:16)
Lantas kuberharap,
"Bacalah Al-Quran, sebab ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat (penolong) bagi pembacanya." (HR Muslim dan Imam Ahmad)
kerana terasa indahnya apabila,
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. dan masuklah ke dalam syurgaKu."(Al-Fajr:27-30)
kerana sesungguhnya,
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."(Adz-Zariyat:56)
nak share, ayat cintaNya yang paling kugemari,
"Katakanlah, hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."(Az-Zumar:53)
*sambungannya leh check kat (Az-zumar:54-56) kerana saya tahu, kamu pun ada surat-surat cinta tu. :)
PS: I Love You <3
6th of Ramadhan 1431

Comments