Where is the love (?)

Tuesday, 31st August 2010, My lovely room.


Dear diary,
Hari ini genaplah umurku yang ke 9 tahun. Selamat ulang tahun Maya (bukan nama sebenar, nama dalam alam maya je :p). Hari ini aku ingin bertanya pada semua orang tentang sesuatu. Sesuatu yang aku selalu baca dalam buku, tengok kat tv. Nak tahu? Jom! :p

Aku keluar dari bilik untuk meneruskan misi. Ternampak abang tengah bersiap-siap nak keluar. Isk isk! Hari-hari keluar. "Abang!"
"Terkejut eden! Ada pe?"
"Apa itu er..cinta?"
Dahinya sedikit berkerut "Eleh budak nih. Erm. Cinta tu..er.." Tangannya garu-garu kepala.
"..haa, cinta tu c-i-n-t-a-k-i-t-a~~"
Sambil dia usap-usap kepalaku. Terus dia keluar dan start motor kapcainya.
30 Aug 2010 Mahkamah perintah dua mangsa dirogol abang dijaga ibu saudara
Nyanyi pulak. Jawab tak ikhlas, getus hatiku.


Aku ke ruang tamu. Terlihat kelibat ayah. Ayah siap sila panggung sambil membaca surat khabar favouritenya.
"Cinta itu apa eh, ayah?" Terus diletak surat khabarnya ketepi. Cermin mata pun ditanggalkannya.
Perlahan-lahan ayah berbisik ke telingaku.
"Cinta itu buta".
Sambil ketawa lalu menyambung membaca surat khabarnya. 
26 Aug 2010-Lelaki simbah asid isteri kena 10 tahun (penjara)
                     -Lelaki(33thn) sembelih anak(3thn) ada rekod skizofrenia
Melawak la plak ayah nih.


Terdengar bising-bising diluar. Aku jenguk melalui tingkap. Atuk rupanya, sibuk dengan tanamannya.
"Atuk!" Aku jerit.
"Iye cu. Napenye?" Cangkulnya diletak ditepi.
"Cinta itu apa?" Mukanya berubah.
"Cinta perlukan pengorbanan cu." Dia berkata sambil memegang bahuku. Kemudian, jauh pandang ke langit.
24 Aug 2010 Tukang kebun(48 thn) rogol cucu (13thn) kena 20 tahun
23 Aug 2010 Lelaki tua(80thn) mangsa langgar lari


Serius pulak atuk ni. Atuk ni teringat nostalgia lama kut. Jauh betul fikirannya melayang. Terdengar bunyi bising dari bilik kakak. Entah lagu apa yang di pasangnya. Terus je melulu masuk ke biliknya.
"Iye adikku sayang, ada apa?" Tanya kakak yang sibuk membaca novel kegemarannya.
"Cinta tu apa, kak?"
"Kecik-kecik dah tanya pasal cinta ya. Erm cinta tu indah bak bunga yang mekar di taman-taman." Pulak.
"Gurau je, cinta itu..erm..sayang kat adiklah" Sambil dia cubit pipiku.
"Sakitlah!" Jeritku sambil keluar dari biliknya. Aku mengusap pipiku yang merah dicubit kakak.
27 Aug 2010 Remaja(17thn) hilangkan diri mahu cari kebebasan, ketenangan
29 Aug 2010 Dua beradik(17&24thn) direman tanam bayi


Owh, ada seorang lagi tuk diterjah. Aku masuk bilik ibu. Adik tengah tidur kat atas tilamnya. Aku pun terus tanya adik. Seakan berbisik aku bertanya.
"Apa itu cinta dik?". Adik nyenyak tidur. Comel. Lantas ku cium dahinya. Dia sedikit bergerak tapi masih diulit mimpi. Lena. Erm. Nak je cubit pipi tembam dia ni. Geramnya!
29 Aug 2010 Bayi tiga bulan mati akibat didera

Confused?
Masih adakah lagi cinta?
Cinta yang lain tidak bermakna apabila cinta padaNya sudah tiada.
________________________________________________________________

"Puasa bagaikan benteng (yang mencegah perbuatan keji dan mungkar)"
HR al-Bukhari

"Sesungguhnya Allah pasti menerima taubat hambaNya selama belum mengalami sakaratulmaut."
(HR at-Tirmidzi)

"Setiap manusia berbuat kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang mahu bertaubat."
(HR Ad-Darimi)

"Puasa dan al quran akan memberi syafaat pada Hari Kiamat. Berkata Puasa,"Ya Tuhan, Engkau larang hambaMu makan dan memuaskan syahwat pada siang hari dan sekarang dia meminta syafaat kerana itu."

"Bila masuk 10 Ramadhan terakhir, Rasulullah menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya". Hadis Al bukhari.

"Seandainya manusia mengetahui kebaikan-kebaikan bulan Ramadhan, nescaya mereka mengharapkan sepanjang tahun adalah bulan Ramadhan." (HR Ibn Abi Dunya)
___________________________________________________________

PS : Owh, dimanakah cinta?

//last updated: 1705/30thAug2010//pencaricinta/20Ramadhan1431H/
//mencuba sesuatu yang baru :)
//Main source: http://www.bharian.com.my/
//pic taken from www.positiveside-effects.com/page/17/

Comments