Posts

mendung.

Image
panas.mendung.hujan. silih berganti. serba tak kena Salim bin Abdullah dari ayahnya, mengatakan bahawa Rasulullah saw datang pada seorang Ansar yang sedang memberi nasihat (dalam riwayat lain: menyalahkan) saudaranya perihal malu. Dia berkata, "Sesungguhnya engkau selalu merasa malu." *seakan-akan dia berkata, "Sesungguhnya malu itu membahayakanmu."* Lalu, Rasulullah saw. bersabda, "Biarkan dia, kerana malu itu sebagian dari iman." (Sahih Bukhari) Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda, "Iman itu ada enam puluh lebih cabangnya, dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Sahih Bukhari) Daripada Abi Mas’ud al-Badri berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di antara ucapan kenabian pertama (Adam) yang didapati manusia (daripada generasi ke generasi) adalah, “Jika engkau tidak malu maka perbuatlah apa yang engkau inginkan.” (Hadis riwayat Bukhari) Hadis Nabi SAW ada menyatakan bahawa: “Sesungguhnya sopan sant...

oh, pergilah Oktober

Image
Indonesia Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat Tsunami, setinggi 3 meter, 7.7 skala Richter, berpusat di dasar laut 78 kilometer di barat Pagai Selatan Hujan lebat, angin kencang. Gunung Merapi Gunung berapi memuntahkan debu panas, 20 penduduk cedera, jumlah yang terkorban meningkat. Myanmar barat Myanmar Ribut Giri, banjir meragut 38 nyawa setakat semalam, kerosakan dialami amat meluas Thailand Hujan lebat luar biasa membawa banjir terburuk dalam beberapa dekad. Malaysia , KL Mendung, segar selepas hujan renyai-renyai awal pagi. Melihat matahari terbit. Burung berterbangan, berkicauan. Angin damai lembut terhembus. Budak sekolah berjalan gelak tawa bersama teman. Ibu ayah memandu bergerak ke tempat kerja. Aman damai nyaman. Sambil mendengar lagu 99 names of Allah (Sami Yusuf) ** lirik  ,  lagu Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Rahmanu irham dha’fana (O Most Compassionate! Have compassion on our weakness) Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Ghaffaaru ighfir thunoub...

sempadan

Kalau nak jawapannya 2, bagi saya kira- kira yang paling mudah ialah 1 + 1 = 2; betul. /* tercatat jelas satu sempadan walau kita punya satu agama satu matlamat satu cita-cita satu destinasi */ Rasulullah bersabda: "Aku tidak melihat orang yang kurang dalam akal dan dinnya yang mampu menghilangkan akal sihat seorang laki-laki teguh selain dari wanita." Petik dari buku, "Fitnah wanita juga disebabkan terlalu seringnya lelaki melihatnya, kecenderungan mereka kepadanya, perkataan lembutnya, berlenggang lenggoknya, perhiasaannya serta perhiasan mereka yg tersembunyi. terkadang wanita hitam legam bisa menjadi seseorang yang cantik bagai rembulan di mata seorang lelaki." Pernah seorang sahabat menegur, "Jangan rasa diri kita tak cantik, lelaki tak pandang, cantik ke tak, kita masih seorg wanita pada pandangan seorang lelaki." Rasulullah bersabda, "Tidaklah aku tinggalkan setelah fitnah yang paling berbahaya bagi seorang lelaki selain ...

manis :)

Optimislah! Giliran saya. Naik. Cakap. Dari atas. Nampak semua. Penuh. Ada yang serius. Ada yang senyum. Ada yang bisik-bisik dengan kawan. Yang borak pun ada. Eh eh, cik adik ni buat rakaman pula dia. :) Makin berdebar rasa. Tapi dalam banyak kelompok tu, ada sesuatu yang menarik hati saya. Di sudut belakang belah kiri. Dia tersenyum. Depan dua row sikit dari yang tadi pun sama. Dia tersenyum . Tepi dari yang tadi, hujung belah kanan. Dia tersenyum . Still bahagian tengah belakang. Dia tersenyum . Duduk di corok bahagian belakang. Dia tersenyum . Bahagian kanan. 3rd row dari belakang. Duduk paling kiri. Matanya tertutup. Letih barangkali. Tapi masih tersenyum. *sempat perasan titik koordinat lagi.* Senyuman yang senyum sesenyum-senyumnya. Ibarat  senyuman kuntuman bunga di taman syurga. Buat diri rasa confident tuk teruskan. Walaupun rasa ada je benda yang tak abis uraikan, tak jelas penerangan, tapi ada rasa kepuasan. Terima kasih. * tapi lepas nih, kena buat dengan lebi...

gerhana

Image
apabila tidak semudah abcd. a dipercayai b berkata-kata c berjanji d bertengkar “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )” Riwayat Ahmad tak secantik bulan, tak seterik mentari moga dijauhkan. beristighfarlah; Rasulullah yang maksum pun beristighfar setiap hari. Rasulullah bersabda, "Sungguh demi Allah, aku beristighfar kepada Allah memohon ampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali." Apatah lagi kita yang tidak mengetahui status keampunan timbunan dosa-dosa sendiri. ps: menghindari typo, takut tangan saja yang manis menaip.