sempadan

Kalau nak jawapannya 2, bagi saya kira- kira yang paling mudah ialah
1 + 1 = 2;
betul.

/*
tercatat jelas
satu sempadan
walau kita punya
satu agama
satu matlamat
satu cita-cita
satu destinasi
*/

Rasulullah bersabda:
"Aku tidak melihat orang yang kurang dalam akal dan dinnya yang mampu menghilangkan akal sihat seorang laki-laki teguh selain dari wanita."

Petik dari buku,
"Fitnah wanita juga disebabkan terlalu seringnya lelaki melihatnya, kecenderungan mereka kepadanya, perkataan lembutnya, berlenggang lenggoknya, perhiasaannya serta perhiasan mereka yg tersembunyi. terkadang wanita hitam legam bisa menjadi seseorang yang cantik bagai rembulan di mata seorang lelaki."

Pernah seorang sahabat menegur,
"Jangan rasa diri kita tak cantik, lelaki tak pandang, cantik ke tak, kita masih seorg wanita pada pandangan seorang lelaki."

Rasulullah bersabda,
"Tidaklah aku tinggalkan setelah fitnah yang paling berbahaya bagi seorang lelaki selain seorang wanita."

"Berapa banyak orang yang diuji dengan ujian ini dan gagal! Berapa banyak manusia yang diuji dengan ujian ini dan mereka terjerumus di dalamnya! hanya orang-orang yang dijaga Allah sajalah yang mampu melewati ujian ini." curi dari "Belajar sabar dari manusia pilihan" BY sYAIKH mUSTHAFA aL-aDAWI.

Memang kita ramai-ramai nak jawapannya 2. Tapi kalau;

5-2-1=2;
7-6+1=2;
1+1+1-1=2;
10-8+3-3=2;

Faham, tahu, memang nampak jawapannya sama tapi cuma methodnya macam tak relevant. Tapi kalau

1+1=2;

setuju je.
Jelas, ringkas, cepat dan mudah faham,
bukannya apa, cuma takut-takut akhir nanti jawapannya bukan lagi 2 yang kita mahu.

seperti kita mahukan pahala, tapi tersilap cara takut berkurang pula nanti.
tapi kalau ada situasi yang tak boleh dielakkan, pandai-pandai jaga diri, jaga hati.

hanya itu.
hanya kerana adanya sempadan itu.

Comments