manis :)

Optimislah!

Giliran saya. Naik. Cakap. Dari atas. Nampak semua. Penuh. Ada yang serius. Ada yang senyum. Ada yang bisik-bisik dengan kawan. Yang borak pun ada. Eh eh, cik adik ni buat rakaman pula dia. :) Makin berdebar rasa.

Tapi dalam banyak kelompok tu, ada sesuatu yang menarik hati saya. Di sudut belakang belah kiri. Dia tersenyum. Depan dua row sikit dari yang tadi pun sama. Dia tersenyum. Tepi dari yang tadi, hujung belah kanan. Dia tersenyum. Still bahagian tengah belakang. Dia tersenyum. Duduk di corok bahagian belakang. Dia tersenyum. Bahagian kanan. 3rd row dari belakang. Duduk paling kiri. Matanya tertutup. Letih barangkali. Tapi masih tersenyum. *sempat perasan titik koordinat lagi.*

Senyuman yang senyum sesenyum-senyumnya. Ibarat senyuman kuntuman bunga di taman syurga. Buat diri rasa confident tuk teruskan. Walaupun rasa ada je benda yang tak abis uraikan, tak jelas penerangan, tapi ada rasa kepuasan. Terima kasih. *tapi lepas nih, kena buat dengan lebih baik lagi*

Walaupun pada mulanya perasaan diuji; malas, rasa tak boleh tapi dengan sokongan semua, boleh je sebenarnya. Sesungguhnya baru sahaja diperingatkan sebelum itu, perasaan kita ini memang selalu diuji. Jika orang lain diuji dengan hujanan bom dan seksaan yang kejam, kita hanya diuji dengan perkara yang remeh temeh. Disebabkan kita hidup di tempat yang selesa, mewah, penuh nikmat itu membuatkan kita lebih manja dalam menghadapi sesuatu ujian. Tapi percayalah, setelah melalui benteng ujian itu, kita akan rasa lebih lega dan bersyukur. Bergeraklah, Optimislah!

Optimislah dalam kehidupan! InsyaAllah anda boleh. :) nasihat buat diri juga.

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."( 94:5)
All the best!

Optimist: A man who is chased up a tree by a lion but enjoys the scenery anyway.
-Walter Winchell-

ps: malam tu mimpi sambil tersenyum rasanya. :)
majlis ilmu : ibarat taman syurga;
--malam itu, 14oct2010--

Comments