buta sebelah mata? Signal kiri. Cermin. Pusing stereng. Jeling cermin lagi. *ok, l ine clear * Ok, pusing stereng lagi. Erk!? *bunyi hon memecah suasana* Gelisah tak ingat. Kaki tekan brek, bagi laluan. Deruman motorsikal memecut laju kemudian hilang dari pandangan. *marahla tu.* *yang peliknya bila pula ada motor kat belakang tadi? tak perasan pun.* Blind spot. Mata merupakan aspek penting dalam kehidupan seharian. Bangun pagi, buka mata kemudian ikut hati ikut rasa. Bergerak. Kita nampak dulu, baru otak kita berfikir. Kita melihat dulu, barulah hati berkata-kata. Lepas itu, baru anggota lain bergerak. Membaca, memerhati, merenungi. Semuanya bermula dari mata. Tapi adakalanya kita buta dalam menilai sesuatu, dalam menganalisa sesuatu kerana dikaburi cinta. Cinta dunia. Kerana cinta dunia itu buta. Kadang-kadang terasa tak cukup hanya dengan bantuan cermin untuk memandu. Perlu adanya tiang cermin di jalan raya unt...