Matahari takkan tunggu

Sesudah solat subuh, pendakian pun bermula. Semua berjalan dalam gelap untuk mendaki hingga ke puncak. Matlamatnya hanya satu, untuk melihat keindahan matahari terbit di atas bukit.

Selepas seketika.

"Ah, penatlah."

Puncak yang satu.
Bila penat berlari, berhenti. Mendongak melihat mereka yang dihadapan masih terus berlari untuk mendaki. Tatkala itu berasa puas hati, cukup puas hati kerana percaya mereka takkan berhenti mengalah untuk ke puncak. Sekurang-kurangnya dah ada wakil yang dapat melihat cahaya matahari di pagi itu dan pada masa yang sama bukannya tak dapat melihat matahari terbit dilereng bukit ni. Tapi yelah, keindahannya tak akan sama.
Usaha itu perlu.

"Eleh, bukannya lari bukit dikejar."

Dan ketika menoleh ke belakang kelihatan begitu ramai, ramai sangaaat yang masih cuba untuk mendaki. Ketika itu, aku akan rasa selesa dengan kedudukan diri. Berehat sambil menikmati suasana kerana tahu ramai lagi yang tak akan dapat cahaya itu.

Dan ketika itu juga aku sedar, antara berpuas hati dan selesa itu. Semuanya hanyalah sekadar alasan semata-mata, untuk berada di "comfort zone" buat selamanya. Kalau kaki tak bergerak, langkah tak disusun, takkan ke mana.

Tapi, alangkah indahnya jika kita bersama-sama berada di puncak itu, kan?

Jadi,
teruskan mendaki..
kerana,
sedarilah...
...akan lari keindahan terbitnya matahari jika tak dikejar.


ps: cepat tul yang laen update pasal bukit nih. :)

Comments

Syaheera My said…
I can see me in ur pic..hehe..like2! Tahu xpe yana..ramainye da update entry..sy tgh mind mapping idea ni..akan tulis psl Broga hill gak..hehe...tp terupdate entry lain dulu plak..adush!
Yna Sofya said…
hehe, saje pilih pic tu, rs lme xjupe lak. tgh mind map psl broga? dahsyat nih, musti best. xsbr nk bc, ;)