butakah mataku?

buta sebelah mata?

Signal kiri. Cermin. Pusing stereng. Jeling cermin lagi.  *ok, line clear*

Ok, pusing stereng lagi. Erk!?  *bunyi hon memecah suasana*

Gelisah tak ingat. Kaki tekan brek, bagi laluan. Deruman motorsikal memecut laju kemudian hilang dari pandangan.  *marahla tu.* *yang peliknya bila pula ada motor kat belakang tadi? tak perasan pun.*

Blind spot. 

Mata merupakan aspek penting dalam kehidupan seharian. Bangun pagi, buka mata kemudian ikut hati ikut rasa. Bergerak. Kita nampak dulu, baru otak kita berfikir. Kita melihat dulu, barulah hati berkata-kata. Lepas itu, baru anggota lain bergerak. Membaca, memerhati, merenungi. Semuanya  bermula dari mata.

Tapi adakalanya kita buta dalam menilai sesuatu, dalam menganalisa sesuatu kerana dikaburi cinta. Cinta dunia. Kerana cinta dunia itu buta.

Kadang-kadang terasa tak cukup hanya dengan bantuan cermin untuk memandu. Perlu adanya tiang cermin di jalan raya untuk membantu. Terasa perlunya ada seseorang untuk duduk disebelah untuk menunjuk jalan. Jalan yang benar. Memberitahu kita bahaya apa yang ada dibelakang, dikiri dan dikanan supaya selamat tiba ke destinasi impian. Walaupun kita memerlukan bantuan, menerima bantuan, stereng itu masih kita yang pegang, brek kereta masih kita yang kawal, signal lampu masih kita yang handle dan lain-lain. Jelas menunjukkan destinasinya, kita yang tentukan. Bukan mereka-mereka itu.

Kadang-kadang kita ingin bersendirian tapi jangan lupa kita juga perlukan sokongan. Carilah kawan. Kawan buat penunjuk jalan. Kerana kadangkala bukan mata kanan atau mata kiri yang buta tapi sebenarnya hati yang buta. Kadangkala kita tak salah melihat tapi hati kita yang salah menilai.

Bersendirian ibarat seekor kambing yang menggadaikan nyawa pada serigala. Itu bagi free namanya. Oleh itu, berkumpullah beramai-ramai, carilah kawan yang baik agar menyukarkan serigala menyusun strateginya.  Dekatilah mereka kerana nyawa kita, hidup kita itu nilainya tiada tandingan. Priceless.

hati : cari,jumpa,setia.


Comments

Syaheera My said…
I like this post! Simple+compact=excellent!
Yna Sofya said…
jzk syeera but i like ur posts more!