Semalam menjemput kawan di Terminal 4, Heathrow Airport. Dia terpaksa menungguku selama 2 jam lebih selepas penerbangan selama berbelas jam dengan penerbangan MAS. Dengan mukanya yang ketara ke-'jetlag'-an itu, aku mengambil keputusan untuk mengambil teksi sahaja ke central London. (Tips : Jangan naik teksi yang ala british tu, mahal.) Disebabkan kami dah lama tak jumpa, banyaklah bercerita sewaktu dalam perjalanan ke teksi tu. Dan mungkin kerana dah terbiasa, lidah melayu Islam ni kan, waktu berborak mestilah menyebut, 'Ya Allah', 'Alhamdulilah', 'In sha Allah' etc, menyebabkan pemandu teksi tu tetiba bertanya adakah kami Muslim. Dia pun Islam katanya, berasal daripada Pakistan. Selepas seketika dia minta izin untuk hisap rokok dalam kereta (fakta: aku sangatlah tak suka asap rokok). Kami pun sambung borak. Kemudian, dia tetiba bersuara tentang orang tempatan tak suka Muslim, diskriminasi dan lain-lain. Dia bercakap sambil sekali sekala memandang aku...