d-o-a
Firman Allah, " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku.." (Al-Baqarah:186)
Bila bab doa je, mesti teringat ayat nih.hehe. Kalau kita buka profile fb orang lain kan, kita rasa macam dah dekat dengan dunia dia hanya dengan satu klik.Tapi Allah itu lagi dekat. Tidak perlu klik apa-apa pun Dia memang sentiasa mendengar dan melihat kita.
Hari-hari kita ada rasa takut, bimbang, gembira, sedih, puas, selesa, ragu-ragu dan pelbagai rasa lagi.
Pelbagai rasa itu terbit dari seketul daging yang satu ni, hati.
d-o-a
Dalam sehari kita mesti berdoa. Terutamanya sebelum makan kita berdoa, walaupun selepas makan dah tak ingat nak doa :)Dan setiap kali lepas solat kita berdoa. Tapi kadang-kadang doa itu hanya sekadar bergerak di bibir saja. Sekadar mengangkat tangan dan kemudian menelengkup ke muka. Cam takde 'feel'.Cuma kedengaran 'amin' je di telinga, dan tak perasan apa yang di doa.
Jadi, jom sama-sama kita cari feel tu :)
(1) Rasulullah bersabda, "Berdoalah kalian kepada Allah dalam keadaan yakin akan termakbulnya doa itu." (HR At-Tarmidzi)
'Feel' itu tiada kerana tiadanya kedatangan hati itu untuk berkeyakinan kepada Yang Maha Esa serta kekhusyukan dalam doa itu sendiri.
(2) Rasulullah bersabda,
"Ketahuilah bahawa Allah itu tidak akan mengabulkan doa dari seseorang yang lalai atau tidak serius."
Maka, kita perlu serius dalam berdoa. Jangan sekadar di bibir je tapi fikiran menerawang ke tempat lain.Fokus2~
(3) Jangan juga tergesa-gesa dalam mengharapkan pengabulan doa itu.Bersabarlah dalam berdoa.
Dalam sebuah atsar disebutkan bahawa Allah bertanya kepada Jibril, "Wahai Jibril! Apakah Hamba-Ku berdoa kepada-Ku?"
Jibril pun menjawab, "Ya."
Allah bertanya lagi, "Apakah ia menghiba kepadaKu dalam meminta?"
Jibril menjawab, "Ya."
Maka Allah berfirman, "Wahai Jibril, tangguhkanlah (pengabulan) permintaan hamba-Ku, sebab Aku suka mendengar suaranya." :)
(4) Dan, makanlah makanan yang halal kerana Allah itu baik, dan Dia tidak akan menerima selain yang baik.
Rasulullah bersabda,"Perbaikilah makananmu, maka akan dikabulkan doamu."
Jadi, pastikan makanan kita itu halal dan dari sumber yang halal agar termakbul doa kita.
Ada 3 bentuk pengabulan doa sama ada dikabulkan di dunia, ditangguh sampai akhirat dan sebagai penghalang kesusahan yang mungkin menimpa diri. Kadang-kadang terbit perasaan doa yang menggunung pada mulanya dan apabila tidak dimakbulkan maka doa itu makin ditinggalkan. Jangan berputus harap dengan berdoa kepadaNya kerana terdapat juga rahsia tertundanya pengabulan doa itu.
Ketika Hari kiamat kelak, Allah datang pada si hamba dan berfirman, "Tidak pernah engkau berdoa kepadaKu melainkan Aku kabulkan. Ingatkah Engkau akan doa ini?"Si Hamba pun menjawab, "Benar."
Maka Allah berfirman "Doa itu telah aku kabulkan di dunia, bukan?"
Si hamba menjawab,"Ya Benar".
Lalu Allah bertanya lagi, "Ingatkah engkau akan doa ini?"
Si hamba menjawab,"Ya, benar."
Allah berfirman, " Doa itu belum aku kabulkan di dunia bukan?"
Si hamba pun menjawab "Aku dulu ingin menikah dengan si dia, aku dulu ingin masuk ke fakulti itu, aku dulu ingin bekerja di syarikat itu.."
Maka Allah pun berfirman, "Telah aku sediakan pahala untukmu di akhirat sedemikian, sedemikian dan sedemikian."
Doa itu mudah cuma kadang-kadang kita malas nak lakukannya.
Doa itu indah tapi kita yang mensia-siakannya
Doa itu mendekatkan diri kepadaNya, tapi kita yang menjauhkan
Maka, mulai saat ini berdoalah dengan penuh harapan, berdoalah untuk kesihatan,keluarga,kejayaan,pekerjaan dan sebagainya.
Kerana kita memerlukan bantuanNya sentiasa.Maka berdoalah.
Hadis Rasulullah,
"Janganlah kalian malas melakukan doa sebab tidak akan ada orang yang binasa bersama doa" (HR Al-Hakim)
Malah doa iblis untuk ditangguhkan sehingga hari kiamat pun dimakbulkan Allah. Tidakkah Dia akan mengabulkan doa kita juga?
"Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan.Sesungguhnya kamu termasuk yang akan diberi tangguh"(Al-A'raf:14-15)
wallahualam.
Rujukan buku bertajuk 'Ibadah Sepenuh Hati', written by Amru Khalid.
p/s: inspirasi mengupdate blog kembali :) berdoa agar terus 'active'. insyaAllah.

Comments