alternatif bagi diam.
suara,
apa yang kau buru?
jangan kau lantang untuk membunuh.
jangan pula kau bisu untuk melumpuh.
fikir sebelum menyesal.
gerun pada maksud surah alhumazah.
pendek tapi padat.
bagi bicara yang mengata depan atau belakang
balasannya hati dibakar rakus oleh api hutamah,
kenapa hati yang difokuskan?
bukan lidah,
bukan mulut,
bukan kerongkong.
kerana lidah yang bersuara bersumberkan hati.
...
hai,
apa khabar hati?
----------------------------------------------------------------------------------------------------
kadang-kadang ada penyesalan apabila huruf-huruf yang berkumpul di kerongkongan
aku simpan, kunyah dan telan sendiri.
kini aku luahkan sedikit huruf-huruf yang terpendam ke sini dan ke champak. Tetapi maaflah, tak semua huruf-huruf itu tercampak;
kerana aku ada Dia.
Comments