 |
| Tiang bus stop mengajar aku erti kesabaran, erti persahabatan & erti pandanglah hanya ke kanan |
Subuh 3.40 am
Bertolak 4.30 am
Tiba 5.00 am
 |
| Billingsgate Market |
Billingsgate Market; tempat menjual haiwan laut secara borong dengan harga murah. Waktu buka 4.30 -9.00 pagi. Jika anda ingin menganjurkan kenduri kendara atau nak buat rumah terbuka atau memiliki restoran makanan laut, elok sangatlah kesini. Kalau datang nak beli seekor dua ikan, harganya akan jadi mahal sedikit berbanding anda membeli sekotak ikan atau udang atau ketam.
 |
| Selama duduk disini rasanya baru sekali makan ketam |
Uniknya pekerja disini semuanya pakai baju ala-ala lab coat yang gayanya seperti sedang melaksanakan eksperimen kimia pula. Di bahagian pintu masuk pasar pula ada tiga orang polis yang menjaga. Mereka melarang kami bawa beg yang nak letak barang-barang pasar ni masuk ke dalam pasar, kena letak diluar.
 |
Orang sibuk pilih ikan, dia sibuk ambil gambar.
|
 |
| Lebih kurang macam pasar di Malaysia je, kan? |
 |
| Keadaan diluar ketika matahari dah mula naik. |
Ok cukuplah. Dah nama blog pun Secebis Nota je. Gambar terakhir yang aku rasa menarik dikongsi; pokok lampu isyarat yang terletak di kawasan hadapan pintu masuk.
 |
| Pokok lampu isyarat. Hidup pun penuh isyarat, bergeraklah mengikut peraturanNya. |
pasarikanpuntravelogke?oh,dimanakahspacebar?
Comments