hilang ii

Sambungan daripada hilang

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Serpentine Lake,
10.05 am, 31th March 2014

pagi ini cuaca cerah. tak panas sangat, tak sejuk sangat. selesa. aku duduk di atas bangku kayu. sengaja aku mencari bangku yang jauh daripada rimbunan pokok, aku ingin merasai kepanasan matahari.

kelihatan gelagat itik dan angsa beraksi di atas tasik, burung merpati pula terbang berkejaran di langit, berlarian anjing-anjing comel di daratan. kelihatan juga bunga-bunga pelbagai warna, pelbagai spesies. pagi yang segar, musim bunga yang indah. nyaman.

"Apa yang kau cari disini?" aku memulakan perbicaraan. kami hanya diam membisu sejak tiba disini.

dia hanya mengjungkitkan bahunya.

"Orang hanya cari benda yang hilang, Mirul."

"Kalau benda tu tak hilang?" dia mula bersuara membuatkan aku tersenyum.

"Mana ada orang cari benda yang tak hilang. Kalau.."

"Aku cari kau."

Huh?

"Mana selama ini kau menghilang?" dia bertanya sambil wajahnya berkerut memandang wajahku.

aku? hilang? bila?

"Bila pula aku hilang? Aku ada ni, kan?"

"Berhentilah berpura-pura. Kenapa selama ni kau menghilang?"

Huh? soalan dibalas dengan soalan membuatkan aku semakin tak faham.


"jujurlah yang hilang perlu dicari, janganlah terperangkap didalam kepura-puraan yang ianya sudah ditemui."


sambung lagi.
(mungkin -.-")


Comments