Bunga yang ketiga
"Nah, bunga untuk orang rumah."
Pokok berbunga merah kecil comel didalam pasu kecil itu diserahkannya kepadaku. Segera dia menanggalkan kasut sukannya dipintu masuk rumah kami.
Dalam hati, 'Alamak, pokok bunga yang ketiga! Alahai...dan apakah nama bunga ini?' Sambil mata membelek-belek kuntuman bunganya.
"Ingat akak takde kat rumah tadi." Dia pandang kearahku selepas selesai membongkok-bongkok menanggalkan kasutnya itu.
"Oh, ah. Eh, ada je." Kerut didahi dihilangkan, senyuman dijelmakan. Eh.
Sebenarnya aku kurang pasti adakah pokok ini akan dijaga dengan baik, Takut nanti mati je macam dua buah pokok yang ada di dalam rumah sebelum ini:
Pokok pertama, beli waktu 'summer' yang lepas, nama apa entah bunga tu, ala-ala bunga ros. Plastik yang membalutnya tulis Rosalinda. Ya, ya tahu. Nama macam tajuk telenovela la pula. Tapi serinya pudar hari demi hari. Kering dah kelopaknya. aku bagi adik rumah jagakan. Huu, kalau mati pokok tu, itu salah dia (suka hati je kan?).
Pokok kedua, kawan letak depan rumah untuk nak sembunyikan kunci rumah dia dalam pasu tu sebab dia takde di London untuk beberapa minggu. Lagipun senang nanti penyewa rumahnya nak ambil dan serahkan balik kuncinya. Huuish, klasik sangat cara ni. Aku setuju je. Al-maklum lah kesemua penghuni rumah yang diberi bunga ni selalu tiada dirumah. Jadi, pokok tu ibarat peti untuk sejambak kunci. Tak lebih daripada itu.
Sehingga suatu hari teman serumah kata,
Sehingga suatu hari teman serumah kata,
"Pokok tu makhluk tuhan juga, ia berhak untuk hidup. Jagalah elok-elok."
Sentap.
Lupa. Pokok itu makhluk Allah yang sentiasa berzikir kepadaNya tanpa henti. Aku cuba jaga pokok yang ketiga ni. Setiap kali memandangnya, ia mengingatkan aku untuk hidup. Hidup dengan sebetulnya.
Hidup mengingatiNya.
Hidup mengingatiNya.
Comments