Tadabbur swan





"Akak pernah dengar tadabbur swan?" Tanya dia.

Musim bunga dah tiba. Waktu siang pun semakin panjang. Subuh masuk pukul 4.12am pagi tadi. Maghrib nanti dalam 6.30pm macam tu. Dia datang jalan-jalan di London. 'Undergrad student' dapat 'easter break' sebulan. Untunglah dia. 'Postgrad' punya cuti seminggu je. Erm.

"Macam mana tu, tadabbur swan?" Tanyaku curiga.

Kami bersama melangkah perlahan di tepi lengkungan tasik buatan disitu. Kalau berdiri daripada daripada sini, dihujung tasik ni dapat lihat Kensington Palace tersergam gagah yang terletak di hujung tasik yang satu lagi. Bertentangan dari jauh. Bangunan berkotak tu rendah sahaja dan terletak patung Queen Victoria dihadapan pagarnya. Kalau nak masuk 'palace' ni kena bayar. Memang 'tak' lah. Hee. Kawasan sekitarnya pula dinamakan Kensington Gardens.

"Swan tu kan bergerak tenang tapi sebenarnya kaki dia tengah mengayuh kuat." Katanya sambil menunjuk kepada seekor swan yang sedang bergerak 'cool' lagaknya di atas tasik tu.

"Macam tu juga kita. Adakah kita orang yang banyak cakap tapi tak buat apa pun atau yang senyap sahaja tetapi sebenarnya sedang berkerja keras untuk bergerak, berbuat sesuatu?"

Wah, tak pernah dengar tentang tadabbur swan ni walaupun hampir setiap hari lalu kawasan ni. Kami berlalu meninggalkan tasik itu. Masing-masing tak bersuara. Masing-masing muhasabah dalam diam, mungkin.

"Akak dah hafal berapa juzuk?" Tetiba dia bertanya.

Tunduk. Kalau tak nak jawab, boleh?

"Mesti dah banyak, kan?" Sambungnya.

Alahai. Kena jawab ke?

"Erm, akak.." Jawabku sedikit berbisik.

Dan perlahan-lahan kami teruskan langkahan, menyambung perbualan, meninggalkan swan yang masih berenang tenang di atas tasik itu.


tadabbur import dari Ireland
spring tiba. aku suka,
tapi waktu subuh kena jaga.
25032016


Comments