Dua alam.
"Tidak sama sekali, demi Allah, sesungguhnya Allah tidak akan menghinakan dikau, kerana dikau sentiasa menghubungkan pertalian silaturrahim, dikau memikul beban kesusahan orang, menolong orang yang tidak berada, memberi makan tetamu dan berusaha menyelesaikan rintangan yang peminta hak." Pujuk Khadijah menenangkan suaminya selepas ketakutan menerima wahyu yang pertama.
Siapa lebih mengetahui tentang diri kita jika bukan orang yang terdekat dengan kita? Atau lebih mudah mengatakan orang yang duduk serumah dengan kita. Untuk peribadi Rasulullah, kata-kata Khadijah itu cukup menyakinkan, mengiyakan itulah sikapnya yang sebenar.
Jika tentang diri kita, ditanyakan kepada orang rumah kita, iaitu keluarga kita atau mungkin yang menyewa rumah bersama, 'housemates' kita, apakah ciri yang baik-baik sahaja yang bermain di fikiran mereka.
Kadang-kadang merasakan orang 'luar' dan orang 'dalam' rumah mempunyai perbezaan pandangan tenatang diri kita. Entah, hanya tetiba terfikir begitu.
Dan...
Sejujurnya aku ingin sangat bertanya, kau rasa...
aku ni siapa?

Comments