Posts

Matahari takkan tunggu

Image
Sesudah solat subuh, pendakian pun bermula. Semua berjalan dalam gelap untuk mendaki hingga ke puncak. Matlamatnya hanya satu, untuk melihat keindahan matahari terbit di atas bukit. Selepas seketika. "Ah, penatlah." Puncak yang satu. Bila penat berlari, berhenti. Mendongak melihat mereka yang dihadapan masih terus berlari untuk mendaki. Tatkala itu berasa puas hati, cukup puas hati kerana percaya mereka takkan berhenti mengalah untuk ke puncak. Sekurang-kurangnya dah ada wakil yang dapat melihat cahaya matahari di pagi itu dan pada masa yang sama bukannya tak dapat melihat matahari terbit dilereng bukit ni. Tapi yelah, keindahannya tak akan sama. Usaha itu perlu. "Eleh, bukannya lari bukit dikejar." Dan ketika menoleh ke belakang kelihatan begitu ramai, ramai sangaaat yang masih cuba untuk mendaki. Ketika itu, aku akan rasa selesa dengan kedudukan diri. Berehat sambil menikmati suasana kerana tahu ramai lagi yang tak akan dapat cahaya itu. Dan keti...

butakah mataku?

Image
buta sebelah mata? Signal kiri. Cermin. Pusing stereng. Jeling cermin lagi.  *ok, l ine clear * Ok, pusing stereng lagi. Erk!?  *bunyi hon memecah suasana* Gelisah tak ingat. Kaki tekan brek, bagi laluan. Deruman motorsikal memecut laju kemudian hilang dari pandangan.  *marahla tu.* *yang peliknya bila pula ada motor kat belakang tadi? tak perasan pun.* Blind spot.  Mata merupakan aspek penting dalam kehidupan seharian. Bangun pagi, buka mata kemudian ikut hati ikut rasa. Bergerak. Kita nampak dulu, baru otak kita berfikir. Kita melihat dulu, barulah hati berkata-kata. Lepas itu, baru anggota lain bergerak. Membaca, memerhati, merenungi. Semuanya  bermula dari mata. Tapi adakalanya kita buta dalam menilai sesuatu, dalam menganalisa sesuatu kerana dikaburi cinta. Cinta dunia. Kerana cinta dunia itu buta. Kadang-kadang terasa tak cukup hanya dengan bantuan cermin untuk memandu. Perlu adanya tiang cermin di jalan raya unt...

langit tanpa awan

Image
Awan tinggalkan langit? Masih tersimpan dihatiku, jelas, rindu itu, melebarkan sayapku, untuk terbang tinggi, dilangit yang masih biru, Oh, datanglah awan, menghiasi langit, kerana panahan teriknya, sinar pancarannya, kecundang dek pandangan mata. -kerana masih pendeknya sayap, panasnya matahari atau hilangnya awan?- -apakah?-

kabus cahayamu.

Perwatakan yang menarik, kemas, lembut. Dari tadi tak berhenti bercakap. Lebih kurang sejam dia bercakap. Seronok betul dia bercerita. Tak penat ke? Pertengahan 30an agaknya. Fasih english, slang londo n sket. Mesti dulu belajar kat  oversea  nih. Eh, fokus yana. Fokus. Erm, *(angguk-angguk kepala)* *owh, macam itu, erm* *uiks, apa lak nih? Tak pernah dengar term tu. (sampai terbengkok leher)* * overall oklah. takdelah 100% faham, tapi basic   idea  (20%) tu adela. * Subjek yang menarik. Mungkin sebab saya suka dengar orang bercerita daripada saya sendiri bercerita. Lagipun dia sungguh-sungguh nak terang, itu yang jadi bersemangat nak tahu dan untuk lebih tahu. Mengenai tisu ni, saya takde basic langsung. Setakat tahu tisu itu gabungan sel-sel je, itu jelah. Tak sangka lak ada yang nak mencipta artificial tissue and apply dalam perubatan. Banyak betul dia tahu. 90minit nonstop , cakap pasal tisssssuuuuu je. Iyalah, dari master ke phD itu je yang...

Nota miss Z

Image
Date : 11 Jan 2011 Mengantuk dalam kelas, eh? *Erm.*  Bukak mata besar-besar! Tabiat mengantuk dalam kelas nih, sering berlaku. Tak dinafikan. Sebelum kita nak tau bagaimana nak mengatasi masalah ni, kita perlu senaraikan dulu kenapa kita mengantuk dalam kelas. Cari penyelesaian melalui punca. So , list kan. Sebenarnya anda sendiri tahu apa masalahnya kan? *ok, so cuba fikir-fikirkan.* *oh, apa yang saya cuba tulis sebenarnya nih? Uish, jap-jap tengah susun ayat.* Ok, ok gini. *maaf.* Pernah seorang kawan kata dalam kelas, "Kalau kita jadi lecturer tuh mesti kita gelak sakan, kan?" Saya :  "*apakah?*" Dia sambung : "Yerla, student dia ada macam-macam ragam. ada yang tido, borak, makan, jeling-jeling, termenung, berangan, tersengguk-sengguk, sms, on phone ke, garu-garu kepala,...." Saya :  "Tul gak eh. *senyum.*" *Kalau saya lecturer tu saya takkan gelak kut, tapi rasa risau yang amat kalau students tak faham apa yang saya ...