kabus cahayamu.
Perwatakan yang menarik, kemas, lembut.
Dari tadi tak berhenti bercakap.
Lebih kurang sejam dia bercakap.
Seronok betul dia bercerita.
Tak penat ke?
Pertengahan 30an agaknya.
Fasih english, slang london sket.
Mesti dulu belajar kat oversea nih.
Eh, fokus yana. Fokus.
Erm,
*(angguk-angguk kepala)*
*owh, macam itu, erm*
*uiks, apa lak nih? Tak pernah dengar term tu. (sampai terbengkok leher)*
*overall oklah. takdelah 100% faham, tapi basic idea (20%) tu adela. *
Subjek yang menarik. Mungkin sebab saya suka dengar orang bercerita daripada saya sendiri bercerita. Lagipun dia sungguh-sungguh nak terang, itu yang jadi bersemangat nak tahu dan untuk lebih tahu. Mengenai tisu ni, saya takde basic langsung. Setakat tahu tisu itu gabungan sel-sel je, itu jelah. Tak sangka lak ada yang nak mencipta artificial tissue and apply dalam perubatan. Banyak betul dia tahu. 90minit nonstop, cakap pasal tisssssuuuuu je. Iyalah, dari master ke phD itu je yang dia study. Nampak sangat minat dia dengan tisu begitu kuat. Minat sungguh! Membuat kata-katanya berkeliaran diminda dan akhirnya turun ke hati.
Dari lecture dia terbit rasa betapa Agungnya Maha Pencipta. Hanya tisu tapi subhanallah. Begitu kompleks dan sempurna. Bagaimana tisu itu menggantikan tisu yang lama. Bagaimana tisu itu tumbuh,bergabung jadi kulit umpamanya. Bagaimana peredaran darah dan pelbagai nutrien yang diperlukan untuk menyempurnakan kejadian tisu. Bagaimana degupan jantung, pergerakan yang dinamik diperlukan oleh tisu untuk membiak kerana ia memerlukan permukaan yang bukan statik. Terpegun dengar. Itu baru tisu belum masuk organ, sistem dalam badan dan sebagainya. Cukup, sangat sempurna.
Tapi sayang, bukan Islam pegangannya. Mungkin dia tak pandang ilmunya ke sudut tu. Mungkin dia dah sampai ke puncak tapi awan melindungi matahari. Masih kabur dengan 'cahaya' yang dicari. Masih berkabus, mungkin. Sesungguhnya Hidayah itu milik Allah. Berharap sangat, satu hari nanti mata dan akal fikirannya yang selama ini bersungguh memahami, mempelajari dan mendalami minatnya itu, terbuka dan sekaligus membuka hatinya mengagumi ciptaanMu, Ya Allah.
Amin.
Oh, semoga kita yang dapat 'cahaya' ni sedikit sebanyak naik semangat untuk memperdalami ilmu yang ada. Gali khazanah yang berharga. Harta berharga yang ingin dikongsi bersama. Kikis perasaan hanya untuk 'aku-aku' dan gantikan dengan
'aku-kamu' : KITA. :)
"Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan sebagaimana kamu menderitanya, sedangkan kamu berharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan.." (An Nisa: 104)
Kalau mereka boleh. InsyaAllah, kita terlebih daripada boleh.
Ilmu Allah itu luas, TERsangat-sangat luas. Jom, explore!
[tisu : tisu badan kita :)]

Comments