mengejar langit
Apabila diri,
bagai dipenjara.
tapi Nabi Yusuf berkata,
"Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku." Dan jika Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk memenuhi keinginan mereka dan tentulah aku termasuk orang-orang bodoh."
bagai dikurung dalam gelap.
tapi Nabi Yunus berkata,
"Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim."
memang hakikatnya begitu.
pahit mendahului, manis menyusul kemudian.
tidak kisahlah dari arah mana ia datang.
kemunculannya pasti akan tiba. Insyallah.
yang patut bergerak. saya.
yang patut berusaha. memang saya.
yang patut sedar. eh, saya.
kerana yang akan membuat pilihan
itu adalah saya.
tak perlu jadi orang lain.
memang tak perlu.
tapi kalau sudah tersilap langkah, perbaikilah.
Sama-sama kita mengharunginya ye kerana
Dia tak pernah jauh. :)
ps: lari dari sesuatu untuk mengejar sesuatu yang pasti.

Comments