a magical mirror ;)

Queen : "Mirror, mirror on the wall. Who in the land is fairest of all?" 
Mirror : "You, my queen, are fairest of all." 

Tidak terlintas untuk menjadi ibu tiri Snow White. Cemburu dengan kecantikannya sehingga sanggup untuk meracuninya. Itu bukan aku. Cume tetiba tersedar apabila suatu ucapan yang terluah itu mesti bersebab walaupun ianya kedengaran agak ringan.

"Berikanlah nasihat dengan cara sebaik mungkin dan terimalah nasihat dalam bentuk apa pun. Siapa yang menasihati saudaranya secara sembunyi, bererti ia telah benar-benar menasihatinya, dan siapa yang menasihatinya dengan terang-terangan (di tengah orang banyak), maka bererti dia telah memalukannya."

Mencari pantulan itu. Biasan yang itu. Melalui cermin yang satu.
Nikmat. Ikatan. Peringatan. Bantuan. Kebahagiaan. Bakat. Keampunan. Kecintaan.

"Sahabat yang soleh itu ibarat penjual minyak wangi, bila engkau tidak mendapat minyak wangi darinya, maka engkau dapat bau harumnya. Dan sahabat yang jahat itu ibarat tukang besi, bila engkau tidak terkena percikan apinya, maka engkau akan terkena asapnya." (hadis riwayat Abu Dawud)

Jangan biarkan harumannya menjauh. Jangan pula relakan asap itu menghampiri.
Cuma itu.

Kerana mukmin itu CERMIN bagi saudaranya. Biar diri tersedar akan kelemahan dan dibantu untuk pembaikan. Supaya 'cermin' itu akan selalu berkata,

"Queen, you are full fair, 'tis true, but Snow White is fairer than you."

ps: supaya bunga tak layu, harumnya tak hilang.

*eh, queen tu ibu tiri snow white ke? tak sure lak. haha. biarlah*

Comments