homesick.

homesick?
Home sweet home. Semua orang suka balik rumah. Lagilah kalau time stress dengan kerja-kerja seharian. Lagi kronik kalau problem tu bertimpa-timpa. Mahu serabut kepala. Timbul satu persoalan, kenapa terbitnya rasa homesick ni? Bagi pendapat sayalah, mungkin kerana disitulah kita dibesarkan, dididik dan kerana disitulah bermulanya kita mengenal ketenangan, kegembiraan, kasih sayang dan sebagainya. Kita rasa bahagia je kerana sudah lari jauuuuuuuh dari kesedihan dan kesengsaraan. *ni pendapat sayalah* 

Post nih bukan nak mengajak kita homesick beramai-ramai *isk, bahaya-bahaya* Ok lupakan yang tadi, jom kita masuk bab lain. Cerita homesick si Mukmin.

Dear diary, I'm "homesick"!
Seorang mukmin itu pasti akan ada rasa homesick dalam diri dia. Homesick nak balik hometown yang kekal buat selamanya iaitu disisi Allah Taala. Terasa indahnya kan menjadi seorang yang beriman. Mereka melihat dunia nih hanyalah sementara, hanya untuk belajar mencapai keredhaan Allah dan berharap untuk hidup bahagia disana. Buat selamanya.

Rasulullah bersabda:
 "Perumpamaan dunia bagiku adalah ibarat seorang musafir yang istirehat sejenak dibawah sebuah pohon lalu meninggalkannya dan terus berjalan."  (Hadis Riwayat Muslim) 

Jadi, dengan kefahaman tentang tujuan hidup yang jelas, dunia nih ibarat hentian R&R yang hanya sekejap. Disitulah mereka berbelanja secara bersederhana kerana ingin mengumpul bekal sebanyak-banyaknya. Bagi mereka masa begitu singkat. Oleh sebab itu, segala yang dilakukan padat dan teratur. Semuanya dilakukan untuk mengecapi kebahagiaan ketika tiba di pit stop yang kekal abadi itu.

"..Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit." 
(At-Taubah :38)

Tapi kita sebaliknya, membelanjakan semua sepuas-puasnya. Tamak. Sehingga tidak sedar yang masa berputar dengan lajunya. Ketika itu juga kita leka untuk meyediakan bekal ke sana.

Ibnu Rajab berujar, "Ketika Allah menciptakan Adam lalu Allah menempatkan dia dan isterinya di syurga. Kemudian dia diturunkan darinya dan dijanjikan bahawa ia akan kembali lagi ke sana, serta diperintahkan agar memperbaiki anak keturunanya. Kerana itu, seorang Mukmin akan rindu selamanya pada tanah airnya yang pertama; mencintai tanah air memang sebahagian daripada iman."

*memupuk jiwa agar homesick selalu*

[Baru balik dari belajar homesick di  "Dekat di mata, Lekat di hati" :)))]
[Tercetus idea "homesick" ketika tertarik dengan kata-kata huda minggu lepas. Thanks huda :)]
[Tahun baru. Semangat baru. Azam baru.]
[Tahun baru yang paling terbaeklah! *eh, rosak BM :p*  Thanks semua! ]

Comments

Syaheera My said…
betul2...homesick mcm ni la yg patut kita ada kn yana?hehe/....emboi....cepatnya update yg lain..hehe
Yna Sofya said…
bukan cepat update, syeera. lama edit nih pastu baru post .huhu.