Layakkah aku?
| Layakkah aku? [arrine's phtography] |
Sempat menonton drama melayu hari tu mengenai seorang pemuda yang buta bercinta dengan seorang perempuan bekerja sebagai chef. Pemuda tu start jatuh cinta dengan chef tu sebab suka dengan masakan chef tersebut. *uh, drama* Nak jadikan cerita si pemuda tadi nak buat operation mata kerana teringin sangat untuk menatap wajah kekasihnya, si chef tadi dan er..dan..bla, bla, bla. *tak tahu citer selanjutnya, sebab Zzzzz~* Sekarang kita leh nampak betapa pemuda itu begitu rindu sangat dengan kekasihnya itu. *romantik :p* Kerana cintanya, dengar suara dan makan masakan kekasihnya belum cukup untuk menggembirakan hatinya malah berharap yang lebih berharga lagi iaitu menatap wajah si kekasih yang disayangi, yang dirindui. em. ok. Next story.
Ni next story : Ketika menonton cerita tu, teringat akan satu artikel yang pernah dibaca. Jalan ceritanya sama, cuma..erm..layakkah aku?
Daripada Suhaib al-Rumi, Nabi s.a.w bersabda yan bermaksud,
Apabila ahli syurga telah memasuki syurga, dan ahli neraka memasuki neraka,
Allah berfirman kepada ahli syurga,
"Mahukah kamu aku tambahkan lagi?"
Ahli syurga berkata,
"Ya Allah, kenikmatan apakah lagi yang engkau akan berikan? Bukankah engkau telah memutihkan wajah kami, memasukkan kami ke syurga dan menyelamatkan kami daripada mereka?"
Rasulullah bersabda,
"Tiba-tiba disingkap hijab daripada mata mereka sehingga mereka dapat melihat Allah s.w.t. Maka tidak ada sesutu yang lebih mereka sukai daripada memandang wajah Allah."
(Riwayat Muslim dan al-Tirmizi)
Layakkah aku?
Kerana syurga pun belum pasti lagi.
Comments